Porsche 911 Dengan Luahan Berseni?

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa semua kereta Porsche 911 adalah istimewa tetapi apa yang dilihat pada eksterior Carrera tahun 1989, mungkin membuatkan ia lebih istimewa. Bagi makluman, kereta Porsche 911 yang berseni ini adalah sebahagian daripada Art Car Project yang diusahakan oleh Musée National des Beaux-Arts du Québec.

Siapa artis di sebalik seni yang ada pada bahagian eksterior kereta ini? Ia sebenarnya hasil lukisan yang unik dari Dominic Besner dan Yves Thibeault. Bahagian hadapan Porsche 911 ini dihiasi dengan lembu bersama cincin di hidung, sehingga ke bahagian hadapan fender dan juga pintu.

Selebihnya, hasil kerja cat ini menggabungkan pelbagai elemen warna seperti jingga, merah, kuning, perang, biru, putih, hitam dan turquoise. Bagi melengkapi bahagian eksterior ini adalah rim warna hitam gaya Fuchs 16-inci dengan penutup tengah warna kustom, lengkap dengan logo Porsche dengan tayar Pirelli Cinturato 205/50 di depan dan 225/50 di belakang.

Bahagian interior pula dilengkapi dengan upholstery berwarna coklat, sepadan dengan lantai dan karpet. Antara ciri-ciri yang ada pada kereta ini termasuk pemain CD dari Kenwood dan juga penghawa dingin.

Sumber : Carscoops