Piaggio Vespa 400, Hadir Sebelum Kemunculan Kereta Kompak?

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang kewujudan kereta dua tempat duduk keluaran Vespa ini yang pernah menggegarkan dunia permotoran dengan kemunculannya pertamanya pada tahun 1957 di Monaco. Majlis pelancaran Vespa 400 ini diadakan di hadapan pengamal media yang turut dihadiri beberapa selebriti pelumba terkenal.

Menurut laporan di wikipedia, Vespa 400 ini merupakan sebuah kereta dua tempat duduk dengan ruang belakang yang mampu mengisi barang seperti beg atau dua kanak-kanak (kecil) dengan kusyen sebagai pilihan. Tempat duduk hadapan pula adalah kerangka besi yang dipakaikan upholsteri di atas spring elastik. Selain itu turut disediakan brek tangan, penghidup enjin dan juga choke. Gear dipasangkan di bahagian tengah dan terus dengan lantai kereta.

Pada tahun-tahun awal, tingkap hadapan tidak boleh dibuka yang mengundang kritikan hebat dari para pengkritik. Ia juga didatangkan dengan instrumentasi asas dengan hanya ada speedometer dan juga lampu amaran untuk bahan api, lampu depan utama, pengecas dinamo dan juga indikator.

Atap fabrik kabriolet yang boleh digulungkan ke belakang. Manakala bateri 12 voltan disimpan di bahagian hadapan kereta, di bahagian belakang gril hadapan. Tayar simpanan pula ditempatkan di bawah tempat duduk penumpang. Pelancaran yang boleh dikatakan berprofil tinggi dengan kehadiran selebriti terkenal ternyata mendatangkan hasil dengan menyaksikan sebanyak 12,130 unit kereta dikeluarkan pada tahun 1958. Namun, ia menurun sehingga 8,717 unit pada tahun 1959.

Ia dikatakan kesan dari gambar gadis yang ada pada ketika pelancaran tidak bersesuaian dengan kereta tersebut; penukaran gear yang merumitkan, kalis bunyi yang tidak berkesan terutama sekali sebelum modifikasi ke atas spesifikasi karburator, penggunaan bahan api yang tinggi.

Dikatakan, Vespa 400 ini menggunakan enjin dua lejang (gaya motosikal) yang memerlukan minyak dicampurkan dengan petrol bila-bila kereta tersebut diisi semula dengan bahan bakar. Semasa musim panas 1958, kereta tersebut dilengkapi dengan perangkat semi automatik untuk penambahan minyak kepada bahan bakar tetapi peranti campuran bahan bakar secara automatik sepenuhnya tetapi tidak disertakan sehingga dua tahun berikutnya.

Pada tahun 1959, sebuah majalah British iaitu Motor telah memandu uji Vespa 400 de lux saloon dan berjaya mencatatkan kelajuan tertinggi pada 51.8mph (83.4km/h) dan memecut dari 0-40mph (64km/h) dalam masa 23.0 saat dengan penggunaan bahan bakar sebanyak 5.11 liter untuk 100km.

Menurut laporan tersebut, Vespa 400 ini diumpamakan seperti sebuah versi murah Citroen 2CV tetapi yang kurang berkuasa.

Sumber : Italian Ways