Perkongsian Kisah Transformasi Sebuah BMW F30 Milik Kenny!

Sebagaimana yang pernah dikongsikan Kakikereta sebelum ini, ‘stance’ telah pun menakluk dunia modifikasi kereta sejak diperkenalkan pada era 1990-an di Jepun oleh drifter juga grup ‘outlaw’. Sejak itu juga sehingga ke hari ini, stance terus berkembang dari kereta static kepada kereta air suspension.

Perkataan stance itu sendiri sering dikaitkan dengan slammed atau lowered yang mana ia merupakan sebahagian sebahagian kunci elemen gaya stance seperti lowered suspension, stretched tires dan juga negative cambers. Di Malaysia, stance mula berkembang di awal era 2000an dengan slammed car dan juga tight fitment tetapi negative camber bukan menjadi kunci utama untuk show car kecuali untuk trak dan juga kereta drift.

Jentera F30 yang cantik ini kepunyaan seorang sahabat lama, Kenny Sim. Kereta ini dirakam sejak dari sebuah F30 stok sehingga berubah menjadi sebuah F30 berbadan lebar (wide body). Bagi makluman, proses transformasi ini memakan masa hampir enam bulan dan ya, ia dilakukan sedikit demi sedikit. Kenny bukan satu nama yang baru khususnya dalam industri stance ini dan beliau bersama SFS Garage – Stance Fitment Style 2013 atau STATIC365 sejak awal 2012 dengan kereta Toyota Vios miliknya dan seperti biasa, sering tampil kemas dengan Work Meister S1 dahulunya.

Sejak budaya stance kian berkembang di Malaysia, kami telah berjumpa beberapa kali dalam program car meet dan macam-macam program lain seperti MOBFEST, Machine Car Shows 2013, Hot Import Nights 2013 di mana kami bersama-sama menyertai program tersebut dengan stance static Purple Proton Satria. Sejak itu, lebih banyak gaya yang telah diperkenalkan termasuk rat-look, flush, hella-flush, meaty, wide body, hella-fail dan banyak lagi.

FASA PERTAMA. Di mana semuanya bermula untuk Kenny. Dalam budaya stance, potong fender atau ‘roll a fender’ adalah sesuatu yang normal untuk memberikan ruang untuk tayar dan sebagainya tetapi tidak bagi Kenny kerana ia lebih kepada seni dan juga kecantikan. Sebelum itu, terima kasih kepada JWIDE Bodykits kerana memberikan masa untuk kami merakam hampir keseluruhan proses yang diambil Kenny, langkah demi langkah. Amat menakjubkan apabila dapat melihat sendiri bagaimana J-WIDE muat untuk semua body part yang lebar pada kereta Kenny ini.

Setiap kali ada bahagian perlu dipotong dengan grinder, percikan muncul di mana-mana. Begitu juga debu-debu dari fiber. Ketika Kenny memerhatikan dan berbincang tentang proses tersebut, saya merakam kesemuanya dengan terperinci. Kenny sendiri turut mengukur dan memotong. Setiap kali melihat orang yang berkemahiran tekun melaksanakan tugas masing-masing, teruja dan kagum dibuatnya.

Di bahagian hadapan, fender M3 menggantikan item stock yang lebih nipis. J-WIDE memastikan bahagian dalam arch dipotong dan ‘dibulatkan’ untuk memberi ruang yang maksima di antaranya. Perubahan ini juga termasuk bampar hadapan M3, grille dan bonet untuk memastikan semuanya berada di garisan yang sepatutnya. Arch di belakang juga turut dilebarkan mengikut profil di bahagian hadapan sekali gus membuka lebih banyak ruang untuk rim dan tayar yang lebih lebar. Seminggu masa diperlukan untuk menyempurnakan fasa ini. Apa yang boleh saya katakan, J-WIDE telah melakukan yang terbaik.

FASA KEDUA : Persediaan ‘body’ kereta. Seminggu selepas itu, kereta ini dihantar pula kepada kawan baik Kenny, Artmist Car Painting & Body untuk melakukan sedikit solekan sebelum kereta ini disaluti. Apa yang mengejutkan, Kenny memberitahu yang kereta akan dibalut. Jadi, Artmist perlu mengisi beberapa ruang minor untuk mengelak kerosakan dari fiber menggunakan bahan khas untuk memastikan badan kereta ini licin. Sekali lagi, kami terkejut melihat kemahiran yang ada pada tenaga kerja di sini kerana langsung tiada sebarang cela yang dilihat. Proses ini pula memakan masa selama dua minggu.

FASA TERAKHIR. Fasa yang dinanti-nantikan. Balut keseluruhan kereta. Kenny telah menyerahkan tanggungjawab ini kepada Auto Wrap Studio. Pelbagai warna dihidangkan untuk dipilih Kenny. Awalnya, saya menjangkakan kereta ini akan kelihatan hampir serupa seperti Laguna Seca Blue tetapi Kenny sudah mempunyai pilihan sendiri yang telah pun difikirkan lama dahulu iaitu Miami Blue membuatkan kami lebih tak sabar untuk melihat hasil akhir.

Proses membalut sama seperti mengecat keseluruhan kereta kecuali tiada masking tape diperlukan untuk menutup bahagian-bahagian tertentu. Ada beberapa bahagian terpaksa dileraikan terlebih dahulu ekoran ruang yang agak sempit seperti headlamp, tail lamp, grille dan banyak lagi. Ternyata tenaga kerja di sini melakukannya dengan cukup baik sekali dalam membalut keseluruhan kereta ini.

PENAMPILAN PERTAMA. Pada 2 Oktober, menjadi tarikh istimewa di mana Kenny telah membuat penampilan pertama kereta ini di kedai miliknya, Nous Garage. Ya, Kenny mempunyai kedai sendiri yang menjual alat ganti aftermarket dan juga alat ganti karbon. Dengan semua alat ganti karbon dipasang dan dimuatkan, tiba masa untuk kamera kembali beraksi!

Bercerita tentang bahagian eksterior, Kenny menggunakan full custom M3 wide body, bodykit M3 bodykit dengan bahagian karbon, juga diffuser carbon fiber kustom. Benar. Memang banyak carbon fiber boleh dilihat pada jentera milik Kenny ini. Lampu depan dan tail light belakang kustom, diikuti emblem ulang tahun BMW 50th juga dipasangkan.

Bagi mengekalkan penampilan yang agresif, rimnya merupakan custom forge 19” 9.5jj di bahagian hadapan dan 10.5jj di bahagian belakang dan dibalut tayar Hankook 235/40/19 depan dan 265/35/19 belakang. Kenny memilih sistem brek dari Brembo 19z dan ianya muat serta berfungsi dengan sangat baik.

Ya, ia memang sesuatu yang penting. Bila jentera sehebat ini, tentu kuasa untuk memberhentikannya juga perlu kuat dan setanding. Bahagian yang paling menyeronokkan tentu sekali fitmen dan juga air ride system yang ada padanya. Bagi yang belum tahu, jentera ini dilengkapi dengan air suspension 4 way full system oleh rakan kongsi SFS Garage. Namun begitu, enjin dibiarkan stok tetapi Kenny ada melakukan sedikit perubahan seperti air intake MST untuk menyedut semua udara sejuk untuk turbo, down pipe kustom, sistem eksos tahan karat penuh ditambah valvetronic untuk sistem ekzos. Gearbox juga masih sama, stock ZF 8 kelajuan auto.

Menjenguk bahagian dalam, ia dilengkapi dengan meter kluster digital penuh, stereng carbon fiber M3, tombol gear kristal dan ada bahagian carbon fiber dalamnya. Ini bukan kali pertama kita melihat seseorang memberikan jentera 3 Series dengan ‘citarasa’ M3. Yang pastinya, ia pantas menjadi kereta idaman keluarga yang selalu saya impikan.

Jujurnya, saya respek pilihan Kenny dan juga team yang kebanyakannya kawan-kawan lama. Jika kalau bukan kerana budaya kereta stance, kami tidak akan bertemu dengan rakan-rakan hebat seperti yang ada sekarang (shoutout kepada SFS Garage). Lebih banyak jentera sebegini akan muncul di Kakikereta tidak lama lagi. Elegan datang dari kesabaran dan juga kerja keras. Ingat tu!