Perak Drag Challenge 2020!

Bertempat di Litar Dato’ Sagor telah berlangsungnya Perak Drag Challenge 2020 pada 13 September lalu. Dianjurkan oleh RSR Crew dengan jarak Perlumbaan sepanjang 201 meter ini telah menerima tajaan barisan penaja SDSB dan Suzuka.

Beberapa kategori motosikal dan kereta telah disediakan setelah sekian lama tiada aktiviti diadakan di sini. Suasana mendung dan hujan di sebelah pagi merencatkan sedikit aturcara program dan perlumbaan terpaksa dilewatkan.

Disebabkan kerana RSR sudah lama tidak hadir ke bumi negeri Perak, ini membuatkan ramai pelumba rindu untuk beraksi kembali di litar lagenda ini.
Perlumbaan bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 7.00 petang.

Sehingga berjumpa lagi untuk pusingan akan datang di Terengganu tidak lama lagi.