Peningkatan Sebanyak 90% Untuk Tahun 2021, Breakthrough Sales Performance

Sebanyak 17,489 kenderaan terjual bermula dari Januari sehingga Disember 2021 yang lalu dan mencatatkan peningkatan jualan yang melonjak menjadi 91% berbanding tempoh yang sama pada 2020.

Peningkatan ini harus diberi kredit kepada Mitsubishi XPANDER yang menggabungkan gaya, praktikaliti dan juga harga yang kompetitif. Sebanyak 7,397 unit terjual bermula dari Januari sehingga Disember 2021. Secara tidak langsung, menobatkan XPANDER sebagai crossover terlaris nombor 1 dari Jepun yang terjual di Malaysia.

Walaupun tahun ini bergerak perlahan akibat pandemik COVID-19, pihak Mitsubishi Motors Malaysia tetap bersyukur kerana para pelanggan masih meyakini dan setia terhadap jenama Mitsubishi Motors. Bukan itu sahaja, lanjutan tempoh insentif tanpa cukai banyak membantu khususnya dalam kecemerlangan XPANDER yang laris terjual. Keputusan pihak kerajaan Malaysia secara tidak langsung membantu industri dapat kekal bertahan ketika saat-saat genting.

Manakala bagi pihak Mitsubishi Motors sendiri, bersiap dan meningkatkan jumlah pengeluaran untuk XPANDER, untuk memenuhi kapasiti pengeluaran yang tinggi dan memenuhi tempahan yang sedia ada seperti yang dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya
Ikeda.

Peningkatan yang berterusan pasaran Mitsubishi Motors berbanding tahun lepas adalah tanda yang menunjukkan bahawa syarikat ini sedang menuju ke arah pemulihan sepenuhnya. Bergerak ke hadapan, Mitsubishi Motors mendengar setiap maklum balas para pelanggan berkenaan servis dan juga produk yang dikeluarkan demi memperbaiki kualiti dan memberikan pengalaman yang jauh lebih baik.

Selain itu, pihak Mitsubishi Motors Malaysia turut mengambil peluang ini untuk menzahirkan rasa simpati khususnya kepada mereka yang terjejas akibat kejadian banjir yang melanda negara baru-baru ini. Pihak Mitsubishi Motors bersedia membantu para pemilik Mitsubishi yang terjejas. Hubungi talian khidmat pelanggan untuk mengetahui maklumat bantuan dengan lebih lanjut.