Selepas Chevrolet memperkenalkan Bolt 2022 baru-baru ini dengan harga bermula pada $31,995 iaitu kurang sebanyak $5,500 dari model terkini membuatkan Tesla turut menurunkan harga jualan untuk Model 3 dan Model Y. Harga terkini untuk Model 3 RWD Standard Range Plus adalah $36,990 iaitu kurang sebanyak $1000.
Namun begitu, harga untuk Model 3 Dual Motor AWD Long Range tidak berubah dan dijual pada $46,990 dan untuk Model 3 Dual Motor AWD Performance pula dijual lebih $1,000 iaitu $55,990. Bagi Model Y RWD Standard Range kini dijual pada harga bermula $39,990 yang menyaksikan penurunan sebanyak $2,000. Namun, sama seperti Model 3, harga Model Y Dual Motor AWD Long Range tetap tidak berubah pada $49,990 dan untuk varian Performance meningkat sebanyak $1,000 kepada $60,990.
Jika dibuat perbandingan Model 3 ini berharga lebih $2,995 berbanding facelifted Chevrolet Bolt. Ia juga mempunyai kelebihan sebanyak 6.4 km. Namun begitu, Bolt EUV lebih murah $5,995 berbanding Model Y dan boleh mencecah perjalanan sejauh 10km lebih jauh.
Sumber : Carscoops