Pengeluaran Terhad, Hanya 3000 Unit Untuk Model 2023

Kembali dengan penampilan yang lebih segar khususnya di bahagian interior yang unik dan eksterior tampil lebih bergaya. Lexus menambah kemasan Black Line ke dalam GX SUV buat pertama kalinya untuk model tahun 2022. Pengeluar kereta mewah ini mengumumkan kemasan ini akan kembali untuk tahun 2023 dan dikenali sebagai Black Line Special Edition. Namun, pengeluarannya terhad dan hanya beberapa tambahan berbanding apa yang ditawarkan tahun lalu.

Lexus mengehadkan pengeluaran GX 460 Black Line SE baharu ini untuk 3,000 unit sahaja dan didatangkan secara standard bersama sistem kamera mata burung Panaromic View Monitor. Lexus juga dikatakan bakal memperbanyakkan warna eksterior untuk Black Line ini untuk memasukkan warna baharu Eminent White Pearl dan menyertai pilihan warna lain seperti Obsidian dan warna eksklusif Black Line, Nori Green Pearl.

Dari segi penampilan, Lexus menambahkan kemasan gelap kepada plat GX, grill, lampu fog, spoiler bumbung dan shark fin. Di bahagian belakang, tail light SUV ini menerima tambahan berwarna hitam serta rim hitam berkilat 18-inci yang unik. Di bahagian dalam, SUV diberikan headliner hitam, jahitan kelabu dan kemasan Black Matte Ash Wood pada stereng. Lexus juga menawrkan aksen tempat duduk baharu NuLuxe.

Edisi terhad Black Line akan terus menggunakan enjin V8 4.6 liter (NA) yang menghasilkan 301hp (221 kW) dan tork 329lb-ft (446 Nm) untuk semua barisan GX. Standard untuk kenderaan ini ialah AWD dan enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan. SUV besar ini mencecah 60batu per jam yang mana Lexus sahkan sebagai 7.8 saat.

Terdapat beberapa perubahan minor untuk model GX seperti cermin. Pengeluarnya juga menggantikan warna eksterior Starfire Pearl dengan Eminent White Pearl dan menyingkirkan Claret Mica sepenuhnya untuk model 2023. Model GX 460 ini didatangkan dengan kemasan standard Luxury bersama sistem audio Mark Levinson Premium Surround Sound Audio.

Sumber : Motor1