Sekitar Mei 2019, berita tentang pemberhentian Volkswagen Golf di pasaran Amerika Syarikat sudah mula bertiup. Pengeluar dari Jerman tidak mengesahkan lagi berita tersebut akan tetapi ianya telah pun secara rasminya diumumkan hari ini. Volkswagen mengumumkan tiada lagi pengeluaran Golf di pasaran Amerika Syarikat sejak minggu lepas di kilangnya berlokasi di Puebla, Mexico. Golf 2021 merupakan yang terakhir dijual sejak Volkswagen mula menjualnya di negara tersebut sejak Disember 1974.
Sejak diperkenalkan di Amerika Syarikat 46 tahun lalu, Volkswagen telah menjual sebanyak 2.5 juta model Golf di sini. Namun ketika itu, ia tidak dikenali sebagai Golf dan nama ini mula muncul sehinggalah generasi kedua pada tahun 1985. Golf 2021 sudah boleh didapati hari ini dengan turbocharged mill 1.4 liter yang menghasilkan 147 hp (109 kilowatt) dan tork 184 lb-ft (249 Nm), dipadankan dengan sama ada transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.
Sumber : Motor1.com