Pengalaman Perkhemahan Kereta Yang Unik Dan Menarik

Berlangsung di Genting Highlands pada 30 Disember 2023 yang lalu, Stance Camp Volume 1 ini merupakan anjuran SFS Garage dan pertama kali diadakan di Malaysia. Lupakan segala masalah atau jadual padat yang menyekat anda. Ketika berkhemah, masa bukan lagi penghalang dan anda memperolehi ketenangan tanpa gangguan. Ya, inilah tujuan dan motif penganjuran program ini oleh pengasas dan keluarga, Yanggor!

Salah satu aspek yang penting ketika berkhemah, ia membantu anda membina dan mengukuhkan lagi jalinan hubungan samada kekeluargaan mahupun persahabatan. Apabila anda berkhemah bersama keluarga atau kawan-kawan, peluang untuk meluangkan masa dengan berbual-bual dan juga mengunjungi satu-satu lokasi tanpa sebarang gangguan walaupun sehingga tengah malam.

Setiap individu atau peserta yang mengikuti aktiviti akan terlibat secara langsung dan ia juga merupakan peluang yang terbaik untuk belajar perkara-perkara baru. Anda mungkin boleh belajar cara-cara untuk memasang khemah, mengikat simpulan yang kuat, menghidupkan api, memasak hidangan baharu dan juga banyak lagi. Kemahiran-kemahiran sebegini sangat penting dan sukar untuk diperolehi atau dipelajari kerana tiada masa dan dipadatkan dengan pelbagai tuntutan kerja.

Kelebihan berkhemah ini bukan sahaja menguntungkan golongan dewasa, malah sesuai dipelajari golongan muda remaja. Bukan sahaja remaja, golongan kanak-kanak juga boleh mendapat manfaat yang positif dan ia juga salah satu sebab program pengakap sangat berharga. Pengalaman yang diperolehi ketika program pengakap ini boleh digunakan dan sangat berguna dalam aktiviti-aktiviti perkhemahan seperti memancing, memasang, mendaki, mengikat tali, keselamatan dan bantuan kecemasan serta banyak lagi.

Namun, apa yang lebih berharga adalah meluangkan masa dan beristirehat bersama yang tersayang, keluarga dan juga rakan-rakan. Program ini benar-benar membuatkan semua peserta yang terlibat gembira dan pastinya seronok. Nantikan pula Stance Camp 2.0 oleh SFS Garage, tidak lama lagi!

Air Suspension oleh SFS Garage