Penampilan Terkini, Trenkuasa Dikemaskini!

Model Mercedes-Benz CLA-Class tahun 2024, didatangkan dengan penampilan yang lebih bergaya, dikemaskini dengan teknologi dan trenkuasa terkini. Buat masa ini, ia bakal dipasarkan di US tidak lama lagi tetapi harganya masih belum didedahkan dan dipercayai akan dimaklumkan kelak.

Terdapat beberapa varian ditawarkan termasuk FWD CLA 250 dan AWD CLA 250 4Matic. Kedua-duanya masih menggunakan enjin 4-silinder turbocharged 2.0 liter yang menghasilkan 221hp (165 kW). Manakala trenkuasanya pula memperolegi sistem elektrik 48-volt dan generator pemula ‘belt-driven’ yang menghasilkan 13hp (10kW) untuk pemanduan lebih lancar apabila sistem pemula-pemberhentian mematikan enjin.

Kereta ini menerima muncung yang telah dikemaskini dengan fascia hadapan yang direka semua dan corak bintang di tengah-tengah grille. Lampu utamanya pula diberikan grafik baharu. Di bahagian belakang, pereka turut mengubah diffuser.

Mercedes menawarkan model CLA 250 dengan penampilan lebih segar dalam warna baharu iaitu Hyper Blue dan Starling Blue. Selain itu, terdapat tiga rekaan rim tambahan. Di bahagian dalam, ia didatangkan dengan kluster instrumen standard 10.25-inci dan pemapar infotainment. Perisian MBUX dilengkapi gaya paparan baharu; Classic, Sporty dan juga Discreet.

Sterengnya dibaluti dengan kulit Nappa dan versi pemanas sebagai pilihan. Pilihan kemasan kabin dikemaskini termasuk material karbon gelap, kayu linden perang atau fiber mikro perang. Pilihan stereo Burmester dilengkapi dengan fungsi Dolby Atmos.

Bagi Parking Package yang didatangkan sebagai standard dilengkapi kamera dengan pemandangan 360-darjah. Selain itu, turut disediakan Driver Assistance Package yang dikemaskini dengan kawalan stereng yang dipertingkatkan untuk sistem bantuan ‘lane-keep’.

Barisan AMG CLA terdiri daripada model 35 dan 45 S. Model 35 turut menerima sistem elektrik 48-volt dan generator pemula belt-driven. Enjin 4-silinder turbocharged 2.0 liter terus menghasilkan 302hp (225kW) yang digandingkan pula dengan gearbox dwi-klac 8-kelajuan, berbanding setup semasa iaitu 7-cog.

Manakala 45 S kini menghasilkan 416hp (310 kW) berbanding sebelumnya iaitu 382hp (285kW). Tork juga meningkat dari 369 lb-ft (500 Nm) berbanding 354 lb-ft (480 Nm). Mercedes tidak mengubah masa untuk pemecutan hingga 96km per jam dalam 4.0 saat.

Model-model AMG turut menerima fascia hadapan baharu. Headlight dan juga tail light diberikan grafik yang diubah semula. Model 45 S ini didatangkan dengan AMG Aerodynamics Package Plus yang menambah spoiler di bahagian belakang. Manakala 35 pula menerima tiga rekaan rim baharu. Setup standard termasuk 10-spoke, 18-inci rim dengan kemasan hitam berkilat. Pilihan 19-inci mempunyai lima pasang yang didatangkan sama permukaan jentera atau rim jentera.

Model 45 didatangkan standard dengan rekaan rim 19-inci dengan permukaan jentera. Penampilan 19-inci yang lain adalah pilihan. Bahagian dalam, terdapat pilihan upholstery baharu campuran Sage Grey dan Black MB-Tex atau kombo pilihan kulit merah dan hitam.

Sumber : Mercedes-Benz / Motor1