Penampilan Pertama Nio EC7, SUV Dari China!

Selepas melancarkan crossover mewah keluarannya yang bakal berada di pasaran Eropah tahun hadapan, jenama dari China ini bersedia untuk melancarkan SUV dalam versi coupe. EC7 telah membuat penampilan pertama di China sebagai SUV coupe ‘mid-large’ flagship yang kedengaran sangat menarik dan menawarkan pelbagai ciri terkini untuk pembelinya.

Bermula dari rekaannya, kenderaan ini tepat seperti yang anda jangka – rekaan hadapan yang mirip EL7 digabungkan dengan roofline sloppy dan juga bahagian belakang yang lebih panjang. EC7 ini berukuran 195.6 inci (4,968mm) panjang, 77.7 inci (1,974mm) lebar dan 67.5 inci (1,714mm) tinggi serta mempunyai wheelbase berukuran 116.5-inci.

Menurut Nio, EC7 ini merupakan SUV paling aerodinamik di dunia dan sayap belakang (rear wing) aktif mengukuhkan lagi kenyataan ini. Manakala kuasanya pula datang dati sistem pacuan elektrik dwi-motor yang mempunyai output tertinggi 644hp (480kW) dan tork 626 lb-ft (850 Nm). Dalam masa hanya 3.8 saat, SUV ini mampu memecut dari ‘0’ sehingga 100km per jam. SUV EV ini boleh ditempah dengan pek bateri 75, 100 atau 150kWh dengan julat pengecasan dari 490km hingga 584km untuk kitaran CLTC mengikut perkiraan China.

Manakala kelengkapan EC7 ini pula, ia dilengkapi dengan atap kaca panoramik gergasi yang diperbuah dari lapisan berganda untuk penebatan bunyi dan juga kepanasan sebagai standard. Teknologi electrochromic (EC) fleksibel yang digunakan Nio membolehkan pelarasan lima aras yang membenarkan cahaya semulajadi memasuki kereta dengan keboleh-telusan yang ekstrem atau perlindungan privasi sepenuhnya apabila diperlukan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan sistem kawalan suhu tiga zon, sistem audio 23-speaker dan juga tempat duduk belakang dengan pemanas.

Bagi makluman, Nio telah menerima tempahan EC7 dengan penghantaran dijadualkan bermula pada bulan Mei tahun hadapan!

Sumber : Nio , Motor1