Penampilan Lebih Moden Dengan Kokpit Digital Serba Baharu

Baru-baru ini, Kia telah menyiarkan gambar rasmi Seltos baharu, memperlihatkan rekaan yang lebih segar dengan kabin yang dipenuhi teknologi canggih. Siapa sangka, dalam sekelip mata sudah tiga tahun Seltos berada di pasaran sejak dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2019. Justeru, ia masa yang sesuai untuk membawkan kemaskini dan penampilan baharu dan ia hampir seperti model terbaharu Kia khususnya dari sudut rekaan dan teknologi.

Di bahagian depan, SUV ini mempunyai grafik lampu utama LED yang kini disambungkan dengan elemen iluminasi pada bahagian grill. Bampar pun telah direka semula, tampil lebih moden dengan ruang pengambilan udara yang jauh lebih ringkas dengan plat bergaya aluminium baharu. Manakala bahagian profil dikekalkan, perubahan lebih ketara di bahagian belakang di mana Seltos dikemaskini dengan light bar LED lebar yang menghubungkan dengan taillight serta menggantikan kemasan krom dari model terdahulu. Tailgate juga kelihatan baharu.

Bergerak ke bahagian dalam, kokpit digital baharu yang terdiri daripada kluster instrument 10.25 inci dan skrin sesentuh 10.25 inci. Papan pemapar ditempatkan dengan panel yang sama, serupa seperti Sportage yang lebih luas dan model-model Kia yang lain. Konsol tengah pula mempunyai butang baharu untuk mengawal keadaan dan pemilih baharu untuk gearbox automatik, sementara dashboard dihiasi dengan lampu ambien. Selain itu, ia juga dikatakan mempunyai lebih banyak ciri-ciri ADAS.

Buat masa ini, Kia masih belum mengumumkan enjin untuk Seltoas 2023 tetapi powertrain dijangka sama seperti model-model sedia ada. Bukan itu sahaja, ada juga desas-desus kononnya ada tambahan versi hybrid. Seltos dari Kia yang telah dikemaskini ini dijangka didedahkan ketikan Busah Motor Show 2022 yang bakal berlangsung pada 15 Julai. Mungkin ketika itu, lebih banyak spesifikasi akan dikongsinkan kepada umum.

Sumber : Carscoops