Penampilan Lebih Dinamik Dengan Infotainment Yang Telah Dikemaskini


Model sedan dari Toyota, Camry Hybrid 2021 untuk pasaran Eropah telah diperbaharui dan menampilkan kemaskini yang lebih halus di kedua-dua bahagian luar dan dalam. Camry Hybrid ini menampilkan bahagian yang direka semula, merangkumi bumper dengan wajah baru untuk grill atas dan bawah. Bar di bahagian bawah ini terdapat dalam warna hitam atau kelabu gelap yang dipanjangkan sehingga ke sisi, menjadikan Camry 2020 ini kelihatan lebih dinamik dan lebar.

Selain itu, Toyota turut menambah rim aloi 17-18 inci rekaan terbaharu bersama kemasan cat Deep Metal Grey dan lampu belakang LED berlainan warna. Bukan itu sahaja, Camry Hybrid 2021 ini juga didatangkan dengan pelbagai kelebihan dari pemapar skrin 9-inci untuk infotainment yang ditempatkan lebih tinggi di dashboard untuk ergonomik yang dipertingkatkan. Sistem baru ini mempunyai butang fizikal untuk penggunaan yang lebih mudah khususnya ketika sedang memandu. Dikemaskini dengan perisian yang lebih baik, respons skrin lebih pantas serta Apple CarPlay dan Android Auto standard.

Para pengguna Camry Hybrid 2021 di Eropah juga ditawarkan dengan 2 pilihan tempat duduk upholsteri kulit premium terbaharu; beige atau hitam. Ia didatangkan dengan corak herringbone untuk membolehkan pengudaraan di tempat duduk. Selain itu tempat duduk hitam seperti kulit dengan sisipan kain juga disertakan sebagai pilihan. Dashboard juga boleh didapati dengan kemasan corak Black Engineered Wood dan Titanium Line yang baharu.

Pembuat kereta dari Jepun turut menambah versi terbaharu Toyota Safety Sense ke atas Cambry Hybrid 2021 untuk keselamatan yang mana ia menampilkan Pre-Collison System (Sistem Pra-Perlanggaran) yang dikemaskini termasuk pengesanan kehadiran kenderaan di bahagian hadapan pada waktu siang, Emergency Steering Assist (Bantuan Stereng Kecemasan), Intersection Turn Assistance, Intelligent Adaptive Cruise Control, Road Sign Assist dan Lane Trace Assist yang telah dipertingkatkan.

Namun begitu, Toyota tidak membuat sebarang perubahan pada powertrain elektrik automatik yang terdiri daripada 4-silinder 2.5 liter dan motor elektrik yang memberikan 215 HP (218 PS).

Sumber : Carscoops