Pemilik Y15 Pasang GPS, Lokasi Diserbu Selepas 2 Jam Motor Dicuri!

 

Kejadian curi motosikal semakin berleluasa dan ada sahaja kes baharu dilaporkan setiap hari. Meskipun terdapat pelbagai sistem dan aksesori keselamatan dengan teknologi terkini di pasaran, ia bukan jaminan yang motor anda tidak dicuri kerana pencuri zaman sekarang terlajak berani. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencuri tanpa menghiraukan wajah dirakam CCTV sekalipun kerana yang penting dapat hasil lumayan.

Disebabkan itu, Wan Haziq mengambil langkah setapak lebih maju dari geng curi motosikal. Semuanya bermula dengan beberapa video curi viral di laman sosial yang ditontonnya membuatkan Wan Haziq paranoid dan segera membuat keputusan memasang GPS Tracker.

Hasil rujukan tutorial dan review di Youtube, Wan Haziq mendapati interface GPS Tracker Motomart ringkas dan mudah digunakan. Harganya pula berpatutan dan paling penting tidak perlu bayar bulanan. Setelah yakin, Wan Haziq memasang GPS Tracker Motomart pada motor Y15 miliknya.

“Saya tengok handphone ada notification pukul 5 pagi, ada orang alih motor saya,” ujar Wan Haziq, mengimbas kejadian curi motornya.

Saya buka app saya tengok last location motor saya, 800 meter dari rumah saya. Tak buang masa, terus ajak kawan pergi ke rumah tu,” katanya lagi.

Sebaik sahaja sampai di lokasi, pencuri terpaksa membenarkan Wan Haziq dan polis masuk ke rumah. Apabila masuk ke dalam rumah, Wan Haziq mendapati motor Y15 yang dijaga dengan baik selama ini telah dibedah dan bersepah di atas lantai. Wan Haziq tetap bersyukur kerana dapat menemui semula motor yang juga tulang belakangnya mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

“Kalau hilang kenderaan, kena keluarkan duit lebih untuk beli yang baru. Jadi, saya nak cakap yang (pemasangan) tracker ini dapat mencegah kes curi,” ujar Wan Haziq, menyarankan agar pemilik kenderaan lain turut memasang GPS Tracker.

Bagi makluman, GPS Tracker Motomart boleh dipasangkan pada semua jenis kenderaan termasuk kereta, motor dan juga lori. Ia memberikan pelbagai jenis alarm (amaran) seperti displacement alarm, vibration alarm dan cut off alarm. GPS Tracker ini boleh membuat laporan pengesan harian (daily tracking record) dengan rekod servis motosikal.

Untuk maklumat lanjut atau borong, sila hubungi:

Sinriang Trading Sdn Bhd;
301-303 Bandar Baru Mergong,
Lebuhraya Sultan Bahiyah,
05150 Alor Setar
Kedah Darul Aman
No Tel : 6012 – 482 4350

https://www.facebook.com/pitstopmalaysia/

https://www.instagram.com/pitstopmotorsport/

Youtube : Pitstop Motorsport Malaysia