Pemberian Elaun Sehingga RM1,500, Program Berakhir 31 Januari

Saban hari, ada sahaja pihak tampil untuk membantu mangsa yang terjejas teruk akibat kejadian banjir kilat yang melanda sebahagian besar negeri di Malaysia terutamanya beberapa kawasan di Pahang yang masih belum surut. Antara yang tampil ke hadapan menghulurkan bantuan ialah Honda Malaysia yang mengumumkan program Bantuan Banjir, Flood Relief untuk membantu para pelanggan Honda yang mengalami terjejas akibat banjir.

Honda Malaysia menawarkan diskaun sebanyak 25% untuk alat-alat ganti asal menerusi program ini. Selain itu, program ini juga menyediakan servis untuk pemilik kereta Honda di kawasan yang terjejas dan ia sudah pun bermula dan akan berakhir pada 31 Januari 2022.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Madoka Chujo berkata, pihak Honda amat sedih dan bersimpati dengan bencana banjir yang melanda beberapa negeri dan mengakibatkan mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan serta menyebabkan kerosakan harta benda termasuk kenderaan.

Berusaha untuk menjadi sebuah syarikat untuk masyarakat Honda Malaysia sentiasa mencari jalan untuk membantu komuniti sekitar yang benar-benar memerlukan bantuan. Dengan program Flood Relief ini, Honda berharap dapat mengurangkan beban khususnya kepada para pelanggan yang sangat dihargai.

Pelanggan Honda yang telah melanggan Honda Insurance Pluas (HiP) akan menikmati pemeriksaan percuma untuk memastikan kereta masih dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan khususnya selepas banjir. Selain itu, servis tunda turut disediakan bagi kereta yang mengalami kerosakan akibat banjir dan akan dibawa ke wakil pengedar Honda yang berhampiran.

Para pelanggan HiP juga berpeluang menerima elaun banjir bernilai sehingga RM1,500 untuk mengurangkan beban. Pada masa yang sama, Honda Malaysia juga bekerjasama dengan syarikat-syarikat insurans mempercepatkan proses tuntutan dari para pelanggan yang terjejas.

Honda Insurance Plus (HiP) menekankan tiga perkara penting – Bantuan, Perlindungan dan Simpanan (Rescue, Protection and Savings) seiring dengan komitmen Honda Malaysia dalam memberikan ketenangan dan perlindungan kepda semua pemilik Honda dan kereta-kereta milik mereka menerusi perlindungan komprehensif. Ia juga didatangkan dengan bantuan di jalanan di mana pasukan penyelamat sentiasa bersedia untuk membantu para pelanggan, pada bila-bila masa dan di mana juga.

Untuk maklumat lanjut berkaitan program Flood Relief dan HiP, para pelanggan boleh menghubungi Honda
Malaysia di talian bebas 1-800-88-2020 atau layari laman web rasmi Honda Malaysia di www.honda.com.my.

Gambar : Info Banjir Terkini