Pemanduan Paling Selesa, Dijamin Goodyear

Goodyear Malaysia mengumumkan pelancaran Assurance ComfortTred, sebuah produk di bawah portfolio Assurance yang direka khas untuk kenderaan mewah. Menampilkan gabungan teknologi canggih serta corak bunga yang sofistikated, rekaan berfokuskan pengguna Assurance ComfortTred ini memberikan pengalaman pemanduan yang premium dan membawakan tahap ketenangan baharu tanpa batas.

Menggunakan Teknologi ANX™, Assurance ComfortTred membawakan pengalaman memandu yang lebih senyap di jalan raya. Direka dengan lapisan tambahan untuk pembatalan bunyi dan getaran yang dibina menggunakan kompaun termaju Goodyear, tayar tersebut mempunyai penebat kukuh yang menghalang bunyi golekan. Rekaan corak tertutupnya juga membantu mengurangkan bunyi pengepaman udara manakala bilangan blok bunga kecilnya yang tinggi menghasilkan daya impak yang lebih rendah, seterusnya meningkatkan prestasi pengurangan bunyi.

Selain daripada pemanduan yang selesa dan senyap, Assurance ComfortTred juga memastikan keselamatan dari mula sehingga akhir pemanduan dari segi cengkaman jalan basah serta jarak brek yang lebih pendek. Kompaun bunga tayar generasi baharu ini menampilkan jumlah silika dan resin yang tinggi untuk cengkaman tambahan yang menyediakan peningkatan modulasi kepada permukaan jalan, seterusnya memberikan sentuhan jalan dan pemindahan air yang lebih baik.

“Assurance ComfortTred merupakan produk baharu yang mengujakan yang dicipta khas untuk kenderaan-kenderaan mewah,” kata Alex Ng, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia. “Kami percaya bahawa Assurance ComfortTred merupakan penyedia keselesaan sebenar yang membolehkan kenderaan anda menjadi sebuah ruangan senyap untuk para penumpangnya berehat, menenangkan fikiran, dan berkongsi saat istimewa dengan mereka yang tersayang.”
Assurance ComfortTred akan tersedia dalam 12 saiz di Malaysia. Ia merupakan tayar yang sempurna untuk kenderaan mewah, baik gasolin mahupun elektrik, termasuklah Mercedes-Benz E-Class, Audi A6, serta pelbagai lagi model kenderaan mewah di Malaysia.

Tayar Assurance ComfortTred Goodyear kini tersedia di Goodyear Autocare dan kedai-kedai Goodyear yang mengambil bahagian. Bermula daripada 25 November 2022, Goodyear juga akan mengadakan promosi pelancaran bersempena dengan pelancaran Assurance ComfortTred, di mana 200 pelanggan yang membeli 4 biji tayar Assurance ComfortTred akan berpeluang untuk membawa pulang sebuah fon kepala berjenama JBL, selagi stok masih ada. Ikuti 4 langkah mudah ini untuk mengambil bahagian:
Langkah 1: Beli 4 biji Assurance ComfortTred
Langkah 2: Daftarkan tayar anda untuk Jaminan Waranti Worry Free Assurance (WFA)
Langkah 3: WhatsApp butiran peribadi, resit, serta tangkap layar WFA kepada Goodyear di +6012 998 8410
Langkah 4: Jadi antara 200 pelanggan yang layak dan dapatkan fon kepala JBL!
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my.