Peluang Untuk Jadi Pemilik Kereta Lumba Jeff Gordon

The National Association for Stock Car Auto Racing atau NASCAR merupakan siri lumba kereta yang sangat popular di kalangan kereta stok di Amerika. Salah satu kereta yang pernah dipandu juaranya, Jeff Gordon kini sedia untuk dilepaskan dan pastinya ia menjadi berita yang amat menggembirkan para pengikut NASCAR dan Jeff Gordon sendiri.

Chevrolet Monte Carlo ini menjadi jentera lumba Jeff Gordon sepanjang NASCAR Winton Cup Series (1996) dan juga 4 perlumbaan sepanjang musim 1997. Beliau berjaya menjadi juara sebanyak 3 kali dan tersenarai sebanyak 7 kali sebagai 5 terbaik menggunakan kereta. Kali terakhir ia digunakan secara rasmi adalah ketika ujian kapasiti pada tahun 1999.

Monte Carlo telah menjalani kerja-kerja baikpulih oleh Rhine Enterprise di Denver pada tahun 2009. Semasa proses ini, enjin SB2 B8 (358 cubic-inch) telah dipasangkan dari Hendrik Motorsport, lengkap dengan karburator NASCAR Holley 830-cfm, pembersih udara penutup gentian karbon dan penutup injap Hendrik Motorsport. Dilaporkan, enjin ini digunakan kurang dari sejam sejak ia dibaikpulih.

Dipadankan pula dengan V8, transmisi manual Tex Racing T101 dengan 4-kelajuan yang menghantar kuasa ke tayar belakang. Bahagian eksterior pula diwarnakan dengan pilihan warna terang DuPont Automotive Finishes ini termasuk rim Aero hitam 15-inci dengan racing slick Goodyear Eagle dan brek Wilwood di kesemua 4 sudut. Seperti mana-mana kereta NASCAR lain, tidak banyak boleh diperkatakan tentang bahagian interior kecuali racing seat ButlerBuitl, dashboard yang ringkas dan telah ditandatangani oleh Jeff Gordon.

Sumber : Carscoops