Dua Dalam Satu, Jimat Ruang Dan Bunyi Lebih Padu!



Lazimnya, para penggemar audio dalam kereta berhadapan masalah kekangan ruang khususnya pemilik kereta bersaiz kecil yang mempunyai ruang agak terhad. Ada yang terpaksa mengorbankan tempat duduk penumpang di bahagian belakang untuk menempatkan perumah khas yang mengandungi speaker, amplifier dan juga subwoofer.

Bagi mengatasi masalah dan memenuhi kehendak para penggemar audio kereta, Mohawk menawarkan beberapa aktif subwoofer yang didatangkan dalam pelbagai jenis pilihan dan saiz mengikut kesesuaian kereta. Ada yang bersaiz kecil dan besar serta boleh disimpan di mana-mana sahaja termasuk tempat letak kaki penumpang di bahagian belakang, boleh disimpan di bahagian letak belakang, juga di mana-mana ruang dalam bahagian kereta dekat tengah konsol hadapan bawah dashboard (sekiranya ada ruang).

Selain menjimatkan penggunaan ruang, aktif subwoofer ini juga menghasilkan bunyi yang padu dan paling penting, tiada lagi masalah untuk menyimpan barang. Antara aktif subwoofer yang ditawarkan Mohawk termasuk yang berbentuk petak iaitu Mohawk Silver Active Subwoofer 19MS6AS (6”) dan 19MS7AS (7”), Mohawk Silver Active Subwoofer 19MS8AS (8”) dan 19MS10AS (10”). Mohawk turut menawarkan aktif subwoofer yang didatangkan bersama kotak iaitu Mohawk M1 Series Active Subwoofer M1-88AS (8”) dan M1-1010S (10”) juga satu aktif subwoofer istimewa, Mohawk M1 Spare Tyre Active Subwoofer 21M1-11AS (11”).

Penggunaan aktif subwoofer sangat membantu khususnya kepada pengguna kereta kompak di mana ruang memainkan peranan yang sangat penting. Lazimnya, bila bahagian belakang sudah dipasang dengan subwoofer, tiada ruang untuk menyimpan barang-barang lain. Justeru, pemasangan aktif subwoofer yang hanya menggunakan sedikit ruang atau langsung tidak menggunakan ruang amat membantu.

Mohawk Silver Active Subwoofer 19MS6AS 6”
Spesifikasi
Kuasa maksima : 320w
Respons frekuensi : 34 – 400 Hz
Saiz woofer : 5 x 9” + 6 x 7”
Input Sensitiviti : 100mv (RCA Input) / 1v (Aras input speaker)

Mohawk Silver Active Subwoofer 19MS7AS 7”
Spesifikasi
Kuasa maksima : 1200w
Respons frekuensi : 34 – 400 Hz
Saiz woofer : 7 x 9” + 4 x 6”
Input sensitiviti : 0.1 – 0.5v (RCA Input) / 0.5 – 10.0v (Aras input speaker)

Mohawk Silver Active Subwoofer 19MS8AS 8”
Spesifikasi
RMS / Kuasa maksima : 180w / 550w
THD : <0.4% Signal To Noise Ratio : >90dB
Respons frekuensi : 20Hz – 150kHz
Dummy woofer : 185mm x 55mm (2 unit)
Subwoofer : 8”
Dimensi mm : 345 x 245 x 70

Mohawk Silver Active Subwoofer 19MS10AS 10”
Spesifikasi
RMS / Kuasa maksima : 180W / 550W
THD : <0.4% Signal To Noise Ratio : >90dB
Respons frekuensi : 20Hz – 150kHz
Dummy woofer : 185mm x 55mm (2 unit)
Subwoofer : 8”
Dimensi mm : 345 x 245 x 70

M1 Series Active Subwoofer M1-88AS 8”
Spesifikasi
RMS / Kuasa maksima : 180W / 360W
THD : <0.05% Signal To Noise Ratio : >80dB
Respons frekuensi : 15Hz – 150kHz
Slim Woofer : 8” (4 Ohm)
Dimensi mm : 248 x 236 x 250

M1 Series Active Subwoofer M1-1010S 10”
Spesifikasi
RMS / Kuasa maksima : 250W / 500W
THD : <0.05% Signal To Noise Ratio : >80dB
Respons frekuensi : 15Hz – 150kHz
Slim Woofer : 10” (4 Ohm)
Dimensi mm : 288 x 278 x 290

 

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk keluaran Mohawk, sila hubungi;

New Technics Car Audio Sdn. Bhd.
Lot 2-40, Jalan SU 7,
Lion Industrial Park, Phase 2,
Persiaran Tengku Ampuan, Section 22,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 5192 0911 / 013-455 4444
Emel : info@ntcaudio.com

Website:
https://www.ntcaudio.com/

Facebook :
https://www.facebook.com/MohawkCarAudio/

Facebook :
https://www.facebook.com/KickerMalaysia/

Facebook :
https://www.facebook.com/NewTechnicsCarAudio/

Lazada :

Shopee :
https://shopee.com.my/shop/64458542/

Tik Tok :