Pelanggan Boleh Berkunjung Menerusi Streaming Atas Talian


Semenjak pandemik covid-19, pelbagai cara yang diusahakan pengeluar kereta agar pelanggan terus membeli kereta. Sebelum ini, Tata Motors menghantar kereta untuk diserahkan dengan menggunakan belon. Kini di Kanada, Nissan telah melancarkan platform baru yang membolehkan para pelanggan melawat khususnya di bahagian bilik pameran dari rumah mereka.

Nissan Studio merupakan laman sesawang yang mempamerkan Rogue 2021 dan Sentra 2020, malah ada rancangan untuk menambah lebih banyak model bermula awal tahun hadapan. Para pelanggan yang mengunjungi laman sesawang ini boleh bercakap terus dengan pakar, bertanyakan soalan dan mengambil bahagian dalam lawatan berkumpulan secara langsung atau sesi persendirian untuk melihat Rogue dan Sentra dengan lebih terperinci.

Semua ini mustahil terjadi tanpa pengubahsuaian bilik pameran fizikal yang baharu tetapi Nissan Canada tidak memaklumkan dengan lebih jelas sama ada pelanggan boleh melawat ruang ini secara fizikal atau di mana lokasinya yang sebenar. Nissan Studio bersiaran langsung pada 1 Disember yang lalu dan akan terus bersiaran sehingga 31 Mac 2021 dalam bahasa Inggeris dan juga Perancis.

Sumber : Carscoops