Pelan Pembiayaan Khas Dari Hyundai-Sime Darby Motors Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan pelan yang menawarkan pembayaran fleksibel dan lebih rendah sehingga 9 tahun dengan pembiayaan sehingga 90% sebagai sebahagian promosi sempena Hari Raya. Kini, ansuran bulanan untuk Kona bermula dari harga serendah RM958, Elantara pula dari RM1,098. Ini diikuti Grand Starex dari RM1,348, Santa Fe dari RM1,388 dan Sonata dari RM1,548.

Menurut En. Low Yuan Lung, Pengarah Urusan HSDM, pelan yang diperkenalkan ini memberi peluang kepada pelanggan membeli kereta baru dengan pembayaran balik yang lebih murah khususnya menjelang sambutan Hari Raya.

“Musim Raya adalah waktu terbaik untuk membeli kereta Hyundai baru di mana pelanggan boleh menikmati faedah ini dan dalam masa yang sama, jimat dari cukai jualan yang dikecualikan sehingga hujung Jun ini,” katanya lagi.

“Dengan setiap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, kami menyasarkan untuk melangkaui jangkaan pelanggan dengan menyediakan pengalaman khusus dan dalam masa sama, memberi nilai yang terbaik. Kami juga akan terus menyelidik jangkaan pelanggan terhadap produk serta tawaran yang kami sediakan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, para pelanggan yang membeli mana-mana model Hyundai tahun 2020 dari sekarang sehingga 30 Jun akan menerima kerusi urut OGAWA Smart Vogue Prime bernilai RM11,999 selagi stok masih ada.

Semua model Hyundai didatangkan dengan jaminan kilang 5-tahun atau 300,00km (yang mana-mana satu tiba dahulu) serta servis percuma selama 3-tahun atau sehingga 50,000 (yang mana-mana satu tiba dahulu). Jika berminat untuk mengetahui tentang produk serta kempen Hyundai, anda boleh hubungi 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my.