Pakar Sistem Transmisi Automatik, M-Scope Auto Transmission Specialist Sdn. Bhd. Beri Jaminan Selepas Setiap Servis!

Kerosakan yang berlaku di sistem transmisi kenderaan bukanlah sesuatu yang boleh dijangka. Kadang-kadang tengah seronok memandu, masalah seperti ini timbul dan buat fikiran jadi buntu. Kalau masih dalam tempoh jaminan, boleh dihantar terus ke pusat servis tapi yang menjadi masalah bila jaminan sudah tamat tempoh? Kusut dibuatnya, betul tak?

Jika berhadapan dengan situasi serupa, M-Scope Auto Transmission Specialist Sdn Bhd merupakan tempat yang tepat untuk anda tuju. Memiliki pengalaman lebih 28 tahun, M-Scope Auto Transmission Specialist Sdn Bhd yang juga pakar baik pulih sistem transmisi automatik yang terkenal di Lembah Klang berupaya menyelesaikan masalah untuk pelbagai jenama kenderaan. Antaranya seperti Proton, Perodua, Honda, Mitsubishi, Nissan, Toyota, Hyundai, Mercedes Benz, BMW, Volvo, Volkswagen, Ford, termasuk jenama mewah seperti Ferrari, Lamborghini, Porsche, McLaren dan lain-lain.

Sekiranya berminat, premis mereka sentiasa terbuka untuk anda mendapatkan khidmat nasihat dari barisan tenaga kerja terlatih. Bukan itu sahaja, mereka juga mendapat sokongan teknikal dari pakar luar negara yang memberi input tentang teknologi terkini untuk sistem transmisi. Lebih menarik lagi, setiap kotak gear yang dibaik pulih, hanya menggunakan komponen dan kit gantian yang diiktiraf bagi menjamin kualiti dan ketahanannya.

Bagi makluman, setiap kotak gear yang telah dibaik pulih datang dengan jaminan selama 1 atau 2 tahun tanpa had batuan bergantung kepada jenis kenderaan, Tiada caj dikenakan sekiranya kotak gear tersebut mengalami masalah dalam tempoh berkenaan. Malah anda tidak perlu risau tentang kos yang terlibat, kerana harga yang ditawarkan amat berpatutan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang disediakan, kunjungi atau hubungi;
M-Scope Auto Transmission Specialist Sdn Bhd
No. 49, 53, Jalan SBC 3,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 603 – 6186 3799, 6186 2213, 6189 2699
012 – 235 1667 (Mr. Hwong)
011 – 1221 5879 (Mr. Chong)
019 – 360 1948 (Mr. Hui)
Emel : mscope1667@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/mscopeauto
Web : http://m-scope.com.my/