Nissan Murano, Perlu Perubahan Dan Kemaskini Bukan Hanya Warna Dan Logo!

Baru-baru ini, Nissan telah mendedahkan harga baharu untuk crossover Murano untuk model tahun 2023. Terdapat sedikit peningkatan yang mana didatangkan dengan sedikit kemaskini berbanding versi sebelumnya. Malangnya, Nissan tidak membekalkan sebarang gambar untuk perubahan yang dimaksudkan.

Menurut laporan Motor1, Murano model 2023 ini menerima kemaskini di bahagian dalam dan luar kabin. Logonya. Terdapat dua pilihan warna ditawarkan; Super Black dan juga Deep Ocean Blue Pearl. Kedua-dua warna ini menyertai pilihan warna sedia ada iaitu Boulder Gray Pearl, Brilliant Silver Metallic, Gun Metallic, Pearl White TriCoat, and Scarlet Ember Tintcoat.

Sebagaimana versi model sebelum ini, kesemua kemasan Murani dilengkapi dengan ciri-ciri Nissan Safety Shield 360 suite. Senarai kelengkapan standard termasuk headlight dan taillight LED, kawalan iklim dwi-zon automatik dan NissanConnect dengan skrin sesentuh 8.0-inci yang menampilkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Kesemua kemasan Murano dikuasakan oleh enjn V6 3.5 liter 260hp yang disediakan samada untuk roda depan atau AWD. Bagi harganya pula, Nissan Murano 2023 dinaikkan sebanyak $350 USD (RM1,569.70) untuk semua varian. Murano S FWD asas kini dijual pada harga bermula $33,660 (RM150,962.42). Manakala Platinum FWD dijual pada $45,210 (RM202,765.62 ). Bagi varian AWD variant, S bermula pada harga $35,360 (RM158,587.75). Sementara spesifikasi paling top, Platinum AWD mencecah $46,910 (RM210,390.89). Kesemua harga ini tidak termasuk cas penghantaran dan pengendalian.

Pakej Murano Midnight Edition masih ditawarkan untuk model tahun 2022 pada tahun 2023!

Source: Nissan