NISMO Melancarkan Servis Restorasi Untuk Nissan Skyline, Harga Boleh Mencecah Sehingga RM176,015.94!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, harga untuk model-model Nissan Skyline kian meningkat tambahan pula dengan servis restorasi komprehensif dari pihak pengeluar Jepun yang diumumkan baru-baru ini. Usaha baik ini secara langsung dapat mengekalkan nilai kereta sport ikonik ini untuk beberapa dekad atau mungkin lebih tinggi nilanya di masa hadapan.

Program ini dijalankan menerusi divisyen Nismo serta susulan dari pelancaran projek “Nissan’s Heritage” yang menjual bahagian-bahagian kereta klasik Skyline sejak lewat 2017. Namun begitu, servis restorasi terbaharu ini sangat komprehensif dan jauh lebih mahal!

Program pertama restorasi Nissan ini melibatkan proses peleraian kereta secara keseluruhannya. Kemudian, casis dan kerangka akan disembur dengan cat warna putih menggunakan alat pengukur 3D yang terkini untuk mencari mana-mana kecacatan atau bahagian yang tidak sempurna pada casis. Sekiranya ada, kerja-kerja baik pulih dilakukan. Pemilik diberi pilihan untuk memastikan kereta tadi menjadi metal sepenuhnya yang mana dicelup dalam ‘mandian’ electrodeposition yang bertujuan untuk menghilangkan bahagian-bahagian berkarat.

Seterusnya, Nismo akan menggunakan sebuah mesin khas untuk menguji tahap ketegaran kereta sebelum diteruskan dengan proses meletakkan kepingan lebur ke permukaan lantai bagi mematikan bunyi dan mengurangkan getaran pada panel. Setelah selesai, bahagian badan kereta ini akan dibawa ke kedai cat di mana pemilik boleh memilih samada untuk mengecat kereta dengan warna asal atau warna lain mengikut kehendak hati masing-masing.

Manakala, bahagian enjin asal Skyline RB26DETT dileraikan sepenuhnya dan dibina dengan bahagian baru atau overhauled dan yang dibina semula. Sebelum diserahkan semula kepada pemilik, enjin ini akan melalui ujian. Bukan itu sahaja, sistem pemberhentian dan suspensi turut dibina semula, diikuti dengan pewayaran asal turut diuji dan dibaiki sekiranya perlu.

Terdapat dua pilihan disediakan untuk interior. Disebabkan perubahan dalam standard tahan api, Nissan tidak dapat memasang semula kabin dengan bahan yang sesuai. Pelanggan boleh memilih interior dalam material yang sama yang digunakan pada GT-R terkini atau boleh membuat permintaan kepada Nismo membersihkan dan mengembalikan material asal. Sebelum kunci benar-benar diserahkan semula kepada pemiliknya, pihak Nismo akan menjalan beberapa siri ujian.

Bagaimana pula dengan harganya? Nismo telah meletakkan harga standard sebanyak 45 juta yen ($433,00.00) atau RM176,015.94. Harga ini berbeza-beza bergantung kepada seberapa komprehensif kerja-kerja pemulihan mengikut permintaan pemilik.

Sumber : Carscoops