Nikmati Penjimatan Sehingga 20% untuk Servis Dan Penyelenggaraan Dalam Tempoh Masa Terhad

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, hari ini mengumumkan promosi servis hujung tahun dan Tahun Baru Cina bermula 1 Disember 2021 hingga 15 Februari 2022.

“Dengan larangan merentas yang kini sudah dilonggarkan, ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung atau melancong pada musim cuti ini. Promosi servis kami tiba tepat pada waktunya. Pelanggan Ford boleh mengambil kesempatan semasa promosi servis dan selenggara ini agar kekal selamat di jalan raya sambil menikmati lebih penjimatan,” kata Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.

Nikmati Penjimatan Sehingga 20 Peratus dan Barangan Cenderamata Percuma
Pelanggan yang menempah servis sepanjang tempoh kempen ini akan menikmati penjimatan sehingga 20 peratus untuk alat ganti dan 10 peratus untuk pakej upah kerja minyak pelincir, brek dan pakej tali sawat pemasaan selain diskaun alat ganti1 terpilih.

Untuk lebih ganjaran, pelanggan yang mendapatkan pakej tambahan minyak pelincir dengan pembelian RM40 untuk mana-mana alat ganti atau servis akan mendapat pelitup muka Ford yang eksklusif secara percuma. Bagi pelanggan yang membuat pembelian tambahan RM500 untuk alat ganti dan servis untuk pakej brek dan tali sawat pemasa akan mendapat beg anyam denim yang eksklusif2 berserta pelitup muka Ford.

Selain itu, pelanggan berpeluang mendapat pemeriksaan kenderaan 27-poin yang dilakukan oleh juruteknik bertauliah Ford bagi memastikan kenderaan mereka berada di dalam keadaan terbaik, secara percuma.

Alat Ganti Tulen Ford dengan Waranti
Menjalani servis kenderaan di mana-mana Pusat Servis Ford yang bertauliah di seluruh negara, pelanggan dapat memastikan hanya alat ganti daripada Pengilang Peralatan Tulen (OEM) yang digunakan.

Dengan Alat Ganti Tulen Ford, pelanggan dijamin mendapat standard kualiti, pemasangan dan kemasan yang terbaik kerana alat ganti ini direka khusus untuk kenderaan Ford bagi memastikan prestasi terunggul. Ia turut didatangkan dengan waranti 12 bulan atau 20,000km, mana yang terdahulu, tidak termasuk alat ganti haus dan lusuh.

Pelanggan tidak perlu risau kerana semua juruteknik di Pusat Servis Bertauliah Ford mendapat pentauliahan Ford dan dilengkapi dengan peralatan diagnostik yang diperakui Ford.

Tempahan Janji Temu Servis Dalam Talian yang Mudah
Pelanggan boleh menempah janji temu secara atas talian melalui laman web Ford pada bila-bila masa di mana-mana pusat servis Ford yang berdaftar di seluruh negara.

Lima pusat servis iaitu Ford Ara Damansara, Ford Petaling Jaya, Ford Juru, Ford Butterworth dan Ford Kuching ada menyediakan kemudahan tempahan janji temu e-Servis dalam masa sebenar. Ini membolehkan pelanggan terus mengetahui slot yang ada dan membuat pengesahan tempahan (untuk sebulan lebih awal).

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi sila layari www.sdacford.com.my