NEXEN NFERA SUR4G

PRESTASI TANPA BATASAN

NFera SUR4G merupakan tayar UHP generasi baru yang direka berasaskan tayar perlumbaan. Ia sesuai digunakan untuk pemanduan harian, tanpa mengorbankan ciri-ciri sebuah tayar berprestasi yang sebenar.

Struktur Binaan
NFera SUR4G memiliki corak bunga diagonal, yang berfungsi meningkatkan prestasi pengendalian secara keseluruhan. Dibantu dua lurah linear di bahagian tengah, ia boleh mengeluarkan air dari kawasan permukaaan, sekaligus menjamin aspek cengkaman ketika jalan basah.

Blok bahagian tengah pula direka lebih lebar bagi membantu kestabilan sewaktu kelajuan tinggi. Sementara tiga rusuk yang wujud di permukaan tengah, berfungsi mengukuhkan struktur tayar dan meningkatkan kuasa hentian.

Prestasi
NFera SUR4G menawarkan 3 elemen utama iaitu:
Prestasi Cengkaman Yang Cemerlang – Ia dicapai menerusi pemilihan kompaun yang lebih baik dan meluaskan titik sentuhan
Peningkatan Kestabilan Pemanduan – Struktur tayar kini lebih pejal, membolehkan respon stereng dan pengambilan selekoh lebih pantas
Jangka Hayat Yang Panjang – Rekaan corak dan tahap ketumpatan yang digunakan, berjaya memanjangkan jangka hayat tayar

Untuk pasaran tempatan, Nexen Tire diedarkan oleh HT Performance Tyre Sdn Bhd. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan dimensi mengikut keperluan anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.nexentire.com dan Facebook: Nexen Tire Malaysia atau segera kunjungi wakil penjual Nexen Tire di seluruh negara.

HT Performance Tyre Sdn Bhd
NO 11, Jln TPP 3, Taman Perindustrian Putra,
47130 Puchong, Selangor
Tel: 603-8066 8336
Fax: 603-8068 9336
FB: www.facebook.com/NexenMY
Website: www.nexentire.com