NEXEN N’BLUE HD PLUS

Direka untuk kegunaan kenderaan penumpang, Nexen N’Blue HD Plus merupakan tayar berprestasi yang masih mementingkan aspek penjagaan alam sekitar. Ia memiliki 3 ciri utama yang diperlukan dalam pemanduan harian iaitu:

Nexen N’Blue HD Plus memiliki struktur binaan tersendiri. Empat jaluran lebar yang wujud di permukaan tayar, membantu memindahkan air dengan mudah dan menghalang keadaan ‘hydroplaning’. Ia dibantu corak alur asimetri di bahagian sisi, bagi membentuk saliran lebih berkesan untuk kestabilan pemanduan ketika jalan basah.

Blok sisi berketumpatan tinggi yang digunakan, meningkatkan aspek cengkaman ketika di kawasan selekoh. Tiga rusuk utama di bahagian tengah pula, berfungsi mengukuhkan struktur tayar dan membantu kestabilan sewaktu kelajuan tinggi. Penggunaan kompaun dengan polimer khas, berjaya mengurangkan kadar rintangan sekaligus mengurangkan kadar penggunaan bahan api, pelepasan karbon dioksida, serta pembentukan tenaga haba yang berlebihan.

Untuk pasaran tempatan, rangkaian Nexen Tire diedarkan oleh HT Performance Tyre Sdn Bhd. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan dimensi mengikut keperluan anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.nexentire.com dan Facebook: Nexen Tire Malaysia atau kunjungi wakil penjual Nexen Tire di seluruh negara.

HT Performance Tyre Sdn Bhd
NO 11, Jln TPP 3, Taman Perindustrian Putra,
47130 Puchong, Selangor
Tel: 603-8066 8336
Fax: 603-8068 9336
FB: www.facebook.com/NexenMY
Website: www.nexentire.com