Ada masanya kejadian kemalangan yang berlaku tidak masuk akal. Lebih menyakitkan, bila segala peraturan dipatuhi dan memandu dengan berhemah tetapi terjadi juga kemalangan yang tidak diingini. Ingat kejadian lori langgar beberapa kereta tempoh hari dan menyebabkan sebuah kereta Myvi kemik habis? Mujur pemandunya selamat tetapi kecuaian dan kejadian itu langsung tidak boleh diterima akal!
Namun, kita bukan hendak berbicara tentang kejadian itu tetapi sebuah lagi kejadian yang mungkin nampak remeh tetapi ia pasti akan berlainan ceritanya anda ada pemandu di dalam Camry dan mengalami kesukaran untuk dikeluarkan. Kejadian ini berlaku berlaku di Malaysia, di mana sebuah Subaru Legacy Touring Wagon telah mendarat atas Toyota Camry XV50.
Gambar kejadian telah dikongsi oleh pengguna Reddit dengan nama Professional-Turn511. Menurutnya, pemilik yang memandu Subaru warna merah tersebut telah melanggar pokok-pokok pada kelajuan tinggi dan akhirnya mendarat di atas Toyota. Mujur tiada orang berhampiran atau dalam kereta Toyota semasa kejadian berlaku dan tidak menyebabkan kecederaan.
Tiada masalah untuk Subaru dan hanya ada beberapa kesan calar. Pastinya ia boleh dipandu seperti biasa. Malang untuk pemilik Camry yang terpaksa menukar bampar baharu, bonet dan juga windscreen. Adakah ini yang dinamakan malang tidak berbau?
Sumber : Carscoops