Nampak bermasalah atau salah?

Kereta yang menjalani kerja-kerja modifikasi atau restorasi sering menjadi pujian khususnya dari golongan yang pandai menghargai seni permotoran. Apatah lagi apabila ia melibatkan suspensi dan juga rim aftermarket yang baru serta mengujakan. Namun, lain pula kisahnya dengan Ford Mustang GT ini yang kelihatan agak pelik!

Beberapa keping gambar kereta ini telah dikongsikan kepada umum oleh Forgestar yang menggunakan set tayar keluarannya iaitu M14. Bagi makluman, set ini boleh didapati dalam dua saiz iaitu 18 inci dan juga 19 inci dengan lebar yang berbeza. Ianya boleh ditempah mengikut 17 warna pilihan yang ditawarkan termasuk Tiffany Blue, Kawasaki Green, Highlighter Yellow, Gloss Red, Candy Teal, Sun Gold dan banyak lagi.

Anda tidak perlu memiliki sebuah kereta Ford untuk mendapatkan rim ini kerana ia boleh dimuatkan kepada kereta lain seperti generasi terdahulu Chevrolet Corvette, Subaru BRZ lama dan juga WRX STI. Selain rim baharu, kereta ini turut dilengkapi dengan suspensi baharu dan juga body kit yang terdiri dari bampar depan dan belakang serta boot lit spoiler. Menambah kegerunan adalah pelekat TROUBLED di bahagian cermin depan dan juga pemasangan filem penapis haba.

Apa pendapat anda, kereta ini nampak benar-benar bermasalah atau memang ada buat salah?

Sumber : Carscoops