Muzium Automotif Peterson Di Los Angeles Beri Peluang Untuk Peminat Melihat Kereta-Kereta Ini Dengan Lebih Dekat


Perhimpunan kenderaan atau kereta-kereta yang pernah muncul dalam filem Bond terbesar pernah diadakan di Amerika dan ia mula dipamerkan kepada orang ramai bermula 25 September hingga 30 Oktober. Acara yang pertama kali diadakan ini memaparkan Bond In Motion yang menampilkan beberapa automotif terbaik dalam siri filem yang paling lama dalam sejarah perfileman.

Antara yang boleh dilihat termasuk Lotus Esprit 1977 yang muncul dalam The Spy Who Loved Me, Aston Martin V8 1985 dari filem The Living Daylights, BMW Z8 dari The World Is Not Enough dan Aston Martin DB10 dari Specter. Pameran Bond In Motion ini melibatkan penyertaan dari Ian Fleming Foundation dan EON Productions serta ‘direstui’ oleh studio penerbitan siri terbaharu Bond iaitu MGM.

Kereta-kereta ini akan dihantar dari UK ke DHL. Muzium ini akan mengadakan acara pembukaan pada malam 23 September, sebelum dibuka kepada umum untuk meraikan detik-detik bersejarah apabila kereta-kereta James Bond ini menjelajah seluruh Amerika. Pameran ini diadakan sama waktu dengan penayangan filem ke-25 James Bond, No Time to Die, pada 8 Oktober tahun ini.

Sumber : Autoevolution