Muncul Sebagai Pemenang Super Sports Car of The Year

Baru-baru ini telah berlangsungnya anugerah berprestij GQ Car Awards 2021 di London. Pada majlis anugerah ini, Maserati MC20 diumumkan sebagai Super Sports Car Of The Year yang disiarkan menerusi IGTV British GQ. Menurut British GQ, Maserati mempunyai daya tarikan yang sukar dilupakan dan pengeluaran MC20 sekali lagi membuktikan jenama Maserati tetap hangat. Dilengkapi dengan teknologi terkini, ia dipasangkan dengan turbo V6 berkembar 626bhp menjadikan MC20 tampil lebih berkarisma serta ada kelas tersendiri.

Menurut ketua pegawai eksekutif Maserati, Davide Grasso mengatakan bahawa pelancaran MC20 tahun lepas membuka satu era baharu untuk Maserati dan berbesar hati apabila segala kerja keras pasukannya telah menerima pengiktirafan dari British GQ. Anugerah ini memberi suntikan terhadap pasukan Maserati untuk terus berani mengeluarkan kereta yang pertama seumpamanya di masa hadapan. Pasukan Maserati terdiri dari golongan yang sememangnya berinovatif dan didorong oleh minat demi menghasilkan rekaan yang unik. Nilai yang mendorong adik beradik Maserati lebih 106 tahun yang lalu dan nilai yang sama diambil dari Modena dan disuntik ke atas Maserati.

Direka di Centro Stile Maserati di Turin, MC20 membuka era baharu Maserati dan mengembalikan jenama ini ke segmen kereta super sport dengan kombinasi kereta prestasi cemerlang, teknologi terkini serta solusi teknikal yang lebih berani. Dibina oleh Maserati Innovation Lab dan dikeluarkan di Modena, MC20 adalah seratus peratus hasil keluaran Itali. Ia tampil hebat dengan jiwa sporty, dilengkapi dengan enjin Nettuno 630hp V6 baharu yang menghasilkan pecutan 0-100km/j dalam masa bawah 2.9 saat dengan kelajuan tertinggi lebih 325 km/j.

Enjin ini telah dipatenkan, dibina dan direka serta dibangunkan oleh Maserati menggunakan teknologi pre-chamber dari enjin Formula 1. Dengan kereta super sport MC20 baharu, Trident Brand secara rasminya memulakan era baharu!