Model Tunggal Viper GTS CS Yang Berjaya Disiapkan

Satu-satunya kereta Dodge Viper GTS CS di dunia akan dibuka untuk dilelong pada tahun hadapan. Viper GTS CS ini merupakan sebahagian usaha yang dijalankan oleh Carroll Shelby bersama Fitzgerald Motorsports. Keistimewaan kereta ini terletak pada penampilan bahagian exterior yang unik diinspirasikan dari ular tedung dari depan sehingga belakang, saluran sisi kustom dan juga roda 18-inci yang memukau.

Tidak berhenti di situ, rekaan yang berani ini diteruskan ke bahagian kabin di mana sarung kerusi diperbuat dari kulit dengan gabungan warna emas dan merah. Dimeriahkan lagi dengan plat pintu khas dengan tanda tangan Carroll Shelby. Namun, apa yang berada di bawahnya lebih menarik lagi kerana Viper ini dilengkapi pengambilan udara yang dimodifikasi dengan sistem pengkomputeran dikemaskini bersama sistem ekzos serta wayar plug berprestasi tinggi. Disebabkan modifikasi ini juga, enjin V10 8.0 liter dalam Viper GTS CS ini mampu menghasilkan sehingga 480 hp (358 kW / 487 PS) – sedikit peningkatan dari output standard biasa 450hp (336kW / 456 PS).

Bagi makluman, rancangan awalnya adalah untuk menghasilkan sebanyak 50 unit Viper GTS CS yang dibahagikan sama rata di antara coupe dan juga roadster. Malangnya, rancangan itu terpaksa dihentikan ekoran kesihatan Shelby yang kian merosot. Maka, inilah satu-satunya model yang pernah dibina sehingga ke hari ini dan masih dipegang oleh pemilik asalnya sejak berdekad lalu.

Agak-agak, berapa harga yang sanggup dibayar untuk satu-satunya model Viper GTS CS di dunia ini?

Sumber : Carscoops