Model Plug-in Hybrid Pertama Dalam Versi Spider

Pengeluar jentera Ferrari mendedahkan model terbaharu varian droptop SF90 Stradale dalam acara khas yang dilakukan secara online. Jentera terbaharu ini merupakan model plug-in hybrid pertama yang didatangkan dalam versi spider.

SF90 Stradale Spider dilengkapi trenkuasa yang sama pada model SF9- Stradale. Ia menggabungkan kuasa output mencecah 986 hp dan tork 900 Nm. Gabungan kuasa tersebut merupakan kombinasi enjin V8 4.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 769 hp dan tiga motor elektrik berkuasa 217 hp.

Selain itu, model ini didatangkan sistem pacuan semua roda AWD dan transmisi dual-klac lapan kelajuan automatik. SF90 Spider memiliki kuasa pecutan sama seperti Stradale yang mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 2.5 saat manakala 0-200 km/j pula mencatat masa 7 saat sahaja. Supercar ini mampu mencapai kelajuan tertinggi mencecah sehingga 340 km/j. Ferrari terpaksa mengukuhkan casis dan mekanisme bumbung agar mendapat rekaan convertible sekali gus menyebabkan SF90 Stradale Spider baharu ini memiliki berat 1,670 kg.

Evolusi terbaharu bumbung boleh dilipatkan hanya mengambil kira-kira 100 liter ruang apabila ia dilipat dan 40 kg lebih ringan berbanding sistem bumbung konventional. Teknologi bumbung aluminium tersebut digabungkan bersama cermin belakang elektrik yang boleh dilaras mengambil masa kira-kira 14 saat sahaja untuk beroperasi sepenuhnya.

Ferrari menawarkan pilihan kepada pembeli yang ingin mencari kelainan dengan padanan khas dua tona pakej SF90 Spider Assetto Fiorano. SF90 Spider 2021 didatangkan dengan program penyelenggaraan tambahan selama tujuh tahun.

Sumber : Mekanika
Gambar : Carscoops.
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ