Model Khas Raikan Ulang Tahun Marshall Amplification Ke-60


David Brown Automotive telah mengeluarkan Mini edisi khas sempena menyambut ulang tahun jenama muzik Marshall Amplification yang ke-60 tahun. Ianya sedikit berbeza berbanding siri Mini Remastered lain keluaran David Brown Automotive sebelum ini samada dari penampilan luar dan dalamnya.

Sebanyak 60 unit kereta Mini menerima balutan cat eksterior Marshall Black eksklusif, yang menyerlahkan warna krom gelap dan warna Marshall Gold. Dua warna yang sinonim dengan jenama muzik ini. Selain itu, Mini ini turut telah dicat menggunakan tangan untuk jalur-jalur di atas badannya serta jenama Marshall di atas pintu.
Sentuhan keemasan ini bukan sahaja untuk cat warna badan Mini ini tetapi digunakan untuk menyerikan lagi rim hitam bersaiz 12inci dengan logo M di tengah-tengah penutup rim. Selain itu, rim tersebut juga menyembunyikan brek kaliper berwarna emas dan juga di atas grille sekali gus menyamai penampilan kelengkapan audio Marshall. Menyempurnakan bahagian eksterior pula badge buatan tangan.

Manakala di bahagian dalam, warna jenama Marshall tadi turut digunakan dan lebih menumpukan bahagian audio. Konsol tengah, brek tangan, gear dan pintu, semuanya dihiasi warna emas. Pedal juga dicat warna emas dan diukir sebagai Skip Track (klac), Play (mintak) dan Pause (brek). Sarung kerusi pula merupakan kulit buatan tangan menampilkan jahitan kontras benang warna emas dentan logo Marshall yang disulam ke atas sarung-sarung kerusi.

Bahagian audionya juga ditambahbaik dengan dilengkapi sistem audio baharu bagi menggantikan sistem standard asal termasuk speaker yang dipasangkan di atas dashboard. Penyumbat telinga wireless Motif ANC turut melengkapi Mini ini.

Namun, apa yang istimewa adalah amplifier Marshall DSL1 Combo yang dipasangkan di bahagian belakang. Ia didatangkan bersama sumber kuasa yang juga menampilkan speaker Bluetooth mudah alih Marshall Emberton untuk lebih banyak pilihan tiun.

Mini ini dipadankan dengan enjin A-Series 1.3-liter dengan gearbox manual 5-kelajuan. Kedua-dua David Brown Automotive dan Marshall akan menyumbangkan sejumlah duit dari hasil setiap jualan Mini ini kepada Music Venue Trust.
Sumber : Motor1 / David Brown Automotive