Ia melibatkan kira-kira 2,620 unit Expedition dan Lincoln Navigator di Amerika Syarikat, Kanada (159) dan Mexico (19). Model Expedition dibina di Kentucky pada Februari 26 hingga 18 Mac 2020. Navigator pula dihasil di kilang sama bermula 27 Februari dan 16 Mac pada tahun ini.
Dalam pada itu, sebanyak 15 unit trak F-Series Super Duty yang dijana enjin 6.7 liter dan transmisi 10R140 terlibat dalam recall kedua. Kenderaan ini dipasang di kilang di Kentucky dan Ohio. Trak tersebut dibina menggunakan transmisi torque penukar plat peredam yang tidak tahan haba, sekali gus boleh membuatkan plat tersebut patah. Apabila ini berlaku, kemungkinan enjin akan terhenti dan pemandu perlu menekan pedal brek dengan kuat untuk memastikan kenderaan berhenti sepenuhnya.
“Enjin boleh dihidupkan semula dan kenderaan dapat bergerak apabila pemandu memasukkan gear ke neutral ataupun parkir. Bagaimanapun, enjin boleh terhenti semula apabila menukar gear reverse ataupun memandu.
“Kenderaan akan terus menunjukkan tanda-tanda ini sehingga ia dibaiki,” kata Ford.
Juruteknik bertauliah akan melakukan pemeriksaan terhadap struktur tempat duduk apabila membuat temu janji dengan pengedar rasmi dan memutuskan sama ada ia perlu ditukar atau sebaliknya.
Ford bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh pemberitahuan kepada pemilik-pemilik kenderaan.- carscoops.
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ