Mirip Sebuah Crossover Sporty, Mungkin Juga SUV?

Beberapa imej Chevrolet Equinox EV mula membanjiri internet sebaik sahaja disiarkan laman web rasmi pengeluarnya. Chevrolet sudah melakukan previu Equinox EV ini dalam beberapa program sepanjang beberapa bulan lalu tetapi ini pertama kali ia disiarkan cukup lengkap itupun dalam kombinasi dua warna, biru dan putih.

Imej-imej seperti yang dapat dilihat ini telah dikongsikan di bawah bahagian ‘Upcoming Vehicle’ dalam laman web Chevrolet. Sebagaimana yang diteliti oleh pengunjung laman web itu, imej Equinox EV mempunyai persamaan pada bahagian eksterior yang muncul dalam klip CGI dikongsikan Chevrolet pada Mac lalu.

Sukar untuk menafikan menerusi imej-imej ini, Equinox EV kelihatan seperti sebuah SUV. Di bahagian hadapannya, dilengkapi dengan lampu LED yang memanjangkan kelebaran fascia dan lampu utama pula diletakkan benar-benar di bawah dan sedikit terlindung.

Sisi tepi tampil tipikal seperti sebuah crossover sporty dan mempunyai panel rock hitam, kombinasi yang cukup elegan dengan warna hitam di bahagian bawah bampar hadapan dan juga bampar belakang, membantu Equinox EV ini agar kelihat sedikit kecil. Tiang C-pillar pula agak tajam dan tebal, yang pastinya membuatkan ramai terpesona.

Belakang SUV ini dilengkapi dengan bar lampu LED, tail light LED yang tajam, spoiler di bahagian bumbung dan beberapa garis yang menimbulkan karakter agresif. Selain itu, Chevrolet turut memperlihatkan bahagian interior Equinox EV yang terdiri daripada stereng flat, kluster instrumen digital penuh, skrin infotainment yang luas, pengaliran udara dan juga pemilihan gear yang bijak.

Spesifikasi teknikal tentang Equinox EV ini masih lagi misteri kecuali satu perkara, ianya berkongsi platform dengan Blazer EV. Mungkin juga harganya jauh lebih murah. Kita tunggu dan lihat!

Sumber : Carscoops