Minyak Pelincir Idemitsu, X Partner Workshop STL 2020

Jenama minyak pelincir Idemitsu muncul minyak pelincir pertama yang memberi sokongan kepada industri sukan sepak takraw tanah air apabila menaja Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) bagi saingan musim 2020. Selain itu, Idemitsu Lube Malaysia – pengedar jenama minyak pelincir dari Jepun di Malaysia turut mengadakan kempen Kod Promosi STL bersempena Kejohanan STL yang telah bermula dari 18 September dan berakhir pada 29 November depan.

Dengan menggunakan minyak pelincir Idemitsu (model minyak pelincir Idemitsu yang terpilih sahaja) – rakan X Partner Workshop bagi STL 2020, kenderaan anda akan diselenggarakan oleh bengkel kereta terpilih yang dilantik oleh Idemitsu termasuk pemeriksaan ke atas 20 bahagian tertentu dan caj buruh secara percuma. Hanya terhad kepada satu kenderaan bagi satu pemilik, anda juga beroleh hadiah esklusif iaitu sebuah payung golf Idemitsu secara percuma bagi 50 pemilik kenderaan terawal mengikut syarat dan terma yang dinyatakan.

Sementara itu, penyandang juara Liga Sepak Takraw (STL) Perak Bison memulakan dengan langkah kanan apabila mengatasi pendatang baharu saingan Divisyen Perdana, Selangor Pistons dengan keputusan 2-0 dalam aksi perlawanan Piala Sumbangsih. Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Perdana musim 2020 dibuka secara rasminya oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Naina Merican menghimpunkan seramai 10 pasukan dalam memburu kejuaraan berprestij dan terulung sukan sepak takraw tanahair.

Selain Selangor Pistons dan Perak Bison lapan pasukan lain Kuala Lumpur Thunder, ATM Guardians, PDRM Defenders, Penang Black Panthers, Kelantan Warriors, Johor Tigris, Pahang Mammoth dan Negeri Sembilan Antlers turut mencabar kejuaraan musim 2020 kali ini.

Sementara itu, dua wakil dari Divisyen 1, Bomba Fighters dan Putrajaya Cyborg akan beraksi di pentas Liga Perdana musim depan dan Kejohanan Piala Juara-Juara yang dijadualkan berlangsung di Iskandar Malaysia, Johor pada 23-29 November selepas kedua pasukan itu layak ke pentas akhir Liga Divisyen 1 sebelum ini. Bomba Fighters pendatang baharu dalam saingan STL, muncul juara selepas mengatasi Putrajaya Cyborg di perlawanan akhir manakala UPM-MASUM Knights gah di tempat ketiga selepas menumbangkan Melaka Titans pada penentuan tempat ketiga-keempat.