Minivan Elektrik Lebih Panjang Daripada Cadillac Escalade


Audi telah melancarkan konsep ketiga dan terakhir dari barisan sphere yang dipanggil sebagai Urbansphere. EV futuristik ini dengan minivan direka untuk kegunaan bandar mega pada masa hadapan yang menguatamakan pengalaman dalam kenderaan kepada para penumpang.

Urbansphere sepatutnya membuat penampilan pertamanya di Beijing Auto Show tetapi memandangkan pandemik, ia hanya dibuat di atas talian sahaja. Mengikut jejak Skysphere (roadster) dan Grandsphere (sedan besar) dari tahun lepas, Urbansphere (minivan) merupakan projek kerjasama Audi dan studio di Beijing, China, dan Ingolstadt, Germany. Sasaran utamanya adalah untuk mencipta kenderaan bandar mega untuk China dengan mengambil input rekaan dari para pelanggan di China sepanjang proses pembikinannya.

Minivan Elektrik Pertama Audi
Bermula dengan dimensinya, konsep ini bukan apa yang dijangkakan dari proposal yang memberi fokus terhadap ciri-ciri urban. Ukuran sepanjang 5.5 meter, 2 meter luas dan 1.78 meter tinggi dengan wheelbase 3.4 meter lebih panjang daripada sebuah Cadillac Escalade (5.4m / 211.9 panjang)!

Perkadaran monolitik membuatkan ia kelihatan sebagai sebuah minivan dengan windscreen, garis atas aerodinamik dengan rim 24 inci dan digital luas di kedua-dua bahagian yang direka untuk berkomunikasi menerusi LED haya pixel, membentuk bentuk yang berbeza.

Kabin Luas Dengan Rekaan Premium Dan Muatan Penuh Teknologi
Audio mengatakan konsep ini seperti sebuah pejabat bergerak, ruang ketiga masa diluangkan ketika berada dalam kesesakan jalan raya. Ia juga mempunyai ruang interior yang luas berbanding mana-mana modelnya.

Ruang yang luas, membolehkan sesiapa sahaja masuk ke dalam dan memuatkan seberapa ramai penumpang. Urbansphere mempunyai 4 tempat duduk berasingan yang disusun dalam dua baris yang memberikan pengalaman yang lebih menyeronokkan. Terdapat dua jenis mode untuk kerusinya iaitu Relax dan Entertain dengan sudut berbeza, tempat rehat kaki yang lebih panjang dan speaker ditempatkan di headrest untuk zon audio lebih peribadi.

Stereng, kluster instrumen digital dan pedal disembunyikan apabila kenderaan ini berada dalam mode autonomous. Sebagaimana konsep sphere sebelum ini, Urbansphere didatangkan dengan 4 level kemampuan yang diperkenalkan pada suku kedua dekad ini. Banyak lagi kelebihan dan ciri-ciri menarik yang ada pad Urbansphere ini.

Dengan kehadiran Urbansphere ini, Audi menunjukkan kecenderungannya untuk menceburi segmen baharu untuk era elektrik. Minivan pula sangat popular di pasaran China dengan pelbagai jenama premium yang sudah mula memasuki segmen ini. Jadi, tidak mustahil kalau itu yang difikirkan oleh Audi.

Sumber : Carscoops