Milik Skygns Chao Dengan Gaya Stance Fitment Style 2013 Sentuhan SFS Garage

Model asal Honda Vezel yang keluar dari kilang sudah cukup menarik, inikan pula apabila dikenakan beberapa modifikasi. Sebelum meneruskan artikel ini, sedikit perkongsian tentang satu lagi model Honda yang pastinya menjadi kegilaan khususnya untuk pengikut tegar jenama yang masih lagi menggungguli segmen bukan kereta nasional di Malaysia.

Dilancarkan di pasaran tempatan pada Februari 2015, Honda HR-V yang juga dikenali sebagai Honda Vezel ini dipasangkan di Malaysia serta ditawarkan dalam tiga varian; S, E dan V. Pada Januari 2019, Honda Vezel telah menerima kemas kini khusus untuk penampilannya dan ditawarkan dalam empat varian; 1.8 E, 1.8 V, 1.8 RS dan Sport Hybrid i-DCD. Malaysia merupakan satu-satunya negara luar dari Jepun yang memasarkan Vezel atau HR-V hybrid ini secara rasminya.

Baiklah. Beralih pula kepada pemilik yang memiliki Honda Vezel ini, Sky. Sebelum memiliki HR-V ini, beliau memulakan kehidupannya sebagai peminat dan penggiat tegar stance menerusi kereta Kelisanya serta menyertai grup Brotherhood Republic. Memandangkan budaya stance semakin berkembang di Malaysia, kelibat Sky sering ditemui di mana-mana program dan juga perjumpaan.

Sejak ‘air suspension’ menjadi popular, beberapa perubahan lebih serius mula dilakukan ke atas Honda Vezel ini dengan bantuan SFS Garage. Namun begitu, Sky tidak mengusik dan mengekalkan enjin stok tetapi telah melakukan pemetaan semula pada ECU Honda Vezel miliknya.

Bahagian eksterior memang luar biasa dengan pelbagai kelengkapan yang bukan mudah untuk ditemui di mana-mana pada masa ini. Bermula dari bampar hadapan Modula-X, versi original Vezel dari Jepun edisi terhad. Seterusnya, bodykit penuh juga versi Vezel original, rear lip Japan TMdesign, rear top spoiler Modula-X, lampu brek ketiga hitam edisi terhad, LED tail light konsep versi Vezel original!

Namun, bahagian yang paling menyeronokkan dan mengujakan… tentulah fitment!

Vezel ini dilengkapi dengan ‘air suspension (FeelAir BP4) dan semua pemasangan yang dilakukan oleh SFS Garage. Jujurnya, ia bukan satu fitmen yang mudah dicapai. Sky pula mahukan keretanya lebih rendah sehingga ke tanah tetapi kerana rotor brek besar Brembo, rotor disk hadapan Brembo ctsv6 6spot, Brembo f40 4spot 355mm + brek elektronik di bahagian belakang, Sky hanya mampu menggunakan rim 19-inci Work CR Kiwami 8.5jj et35 yang dibalut dengan tayar Accelera phi 215/35/19.

Itu dia, sebuah Honda Vezel fitment dengan penampilan cukup agresif dan memikat mata sesiapa juga yang memandang samada sedang meluncur di atas jalan raya mahupun terduduk cantik di parking lot. Memang lain dari Honda Vezel yang lainnya!