Microlino 2.0 Bakal Memasuki Pasaran Pada Tahun 2021?

Micro Mobility baru-baru ini mengumumkan telah pun melakukan ujian casis pertama untuk kereta elektrik (EV) yang kecil dan comel, Microlino 2.0 dan akan memasuki pasaran pada tahun 2021. Prototaip penuh yang pertama itu akan siap sepenuhnya tidak lama lagi. Buat masa ini, hanya casisnya telah diuji.

Prototaip tersebut akan dibina di atas casis ini dan bakal menjadi kereta yang lengkap dengan semua komponen termasuk atap yang boleh dilipat, lampu dan juga interior yang lain. Selain itu, Micro Mobility merancang untuk membina sebanyak 5 unit protortaip. Setiap satu dijangka dibina dalam masa beberapa minggu. Elemen-elemen lain seperti yang dapat dilihat menerusi gambar seperti dashboard, lampu akan turut dilengkapkan pada model produksi.

Mungkin anda merasakan sudah melihat rekabentuknya ini kerana ia diinspirasikan dari BMW Isetta atau mungkin juga kerana masalah yang dihadapi Microlino sebelum ini. Sebenarnya, Micro Mobility pernah melantik sebuah syarikat Itali untuk menguruskan produksi Microlino pada tahun 2015.

Semasa perkembangan itu, syarikat tersebuty telah dibeli oleh Artega. Syarikat tersebut sepatutnya membina Microlino sebaliknya membina Karolino yang mempunyai persamaan seperti microcar pada tahun 2019. Seterusnya, mahkamah telah menghentikan pengeluaran Karolino yang bermaksud, Micro Mobility hanya boleh menghasilkan sesuatu yang lebih bagus dari Microlino.

Kereta dua tempat duduk ini dikatakan sebagai gabungan ideal di antara motor dan kereta, malah mempunyai ruang yang cukup untuk 2 orang dewasa. Ia boleh mengembara sejauh 200km setiap kali pengecasan dan 90km/j kerana beratnya hanya 513kg.

Sumber : Carscoops