Mewakili Toyota Untuk Kategori NHRA Funny Car Class Pada Tahun 2022

Mungkin tiada sesiapa menjangkakan tetapi Toyota akan menghantar Supra sebagai wakil dalam pertandingan NHRA Funny Car Class yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan. Jentera ini bakal membuat penampilan pertama secara rasminya di Pomona, California pada Februari 2022 nanti.

Supra Funny Car ini dilihat sebagai sebuah kenderaan untuk digunakan atas jalan atau sekurang-kurangnya mampu bergerak seperti yang ditetapkan dalam peraturan. Penampilan yang agak pelik dengan ‘hidung’ yang terlalu panjang serta keping sisi tebal merupakan sebahagian dari penampilan kereta ini.

Menurut pengarah urusan Toyota Motor North America, Paul Doleshal berkata bahawa pasukan TRD (Toyota Racing Development) dengan kerjasama pasukan rekaan di Calty, bekerja keras untuk mengisi sebanyak mana ciri-ciri dari produksi GR Supra ke atas Funny Car yang bakal dipandu oleh J.R. Todd dan Alexis DeJoria pada tahun 2022.

Selain penampilan eksterior yang baharu, terdapat beberapa tambahan yang telah dikemaskini untuk Funny Car Toyota ini. Syarikat tersebut juga ada mengatakan bahawa para pemandu dapat dilihat dengan jelas dari luar dan lebih banyak foam keselamatan di bahagian kokpit. Bagi kategori NHRA Funny Car ini memerlukan kenderaan yang bertanding menggunakan enjin V8 (8.19-liter) 500 kubik inci. Tiada transmisi tradisional tetapi mempunyai klac multistage.

Supra Funny Car ini kelihatan kelakar untuk anda tetapi ia menggantikan penjenamaan yang lebih pelik untuk bersaing dalam siri ini. Sejak tahun 2012, Toyota telah menyertai pertandingan kelas Funny Car Class ini dengan kereta yang kelihatan seperti Camry. Sebelum itu, ada juga kenderaan yang mengikut penampilan seperti Celica dan Solara.

Pada tahun 2021, Toyota sudah pun bertanding dalam pertandingan NHRA ini untuk 20 tahun. Pada waktu itu, pasukan ini berjaya mencatatkan markah sebanyak 137 Top Fuel dan menang 43 perlumbaan Funny Car. Ia juga memenangi sebanyak 6 kali Top Fuel dan tiga kejohanan Funny Car.

Toyota menggunakan Supra untuk variasi lebih meluas pertandingan motorsport. Varian terlibat termasuk NASCAR Xfinity Series, GT4-class circuit racing, dan kategori GT500 di Super GT Jepun.

Sumber : Motor1