Mercedes-Benz Memperbaharui Satu Lagi SUV Keluarannya, GLS!

Tidak lama selepas melancarkan versi terkini GLA, GLB dan GLE, Mercedes-Benz mengeluarkan GLS pula. Kemaskini visual terbaharu yang dilakukan untuk GLS 2024 ini bukan sesuatu yang unik atau asing tetapi ia tetap mampu menarik perhatian.

Sebagai contoh, bahagian hadapannya kini ditampilkan dengan gril besar serta tetingkap melintang dengan kemasan Silver Shadow. Bukan itu sahaja, pereka Mercedes-Benz pastinya mengambil ilham dari GLE yang terkini dengan penyesuaian ruang pengambilan udara di bahagian hadapan dan juga sekelilingnya.

Namun, perubahan yang dilakukan di bahagian belakang tampil lebih bijak dengan merangkumi tail light baharu. GLS baharu ini juga boleh dipesan bersama roda multi-spoke 20 inci dengan kemasan warna Himalaya Grew. Bagi peminat audio, Mercedes-Benz sentiasa tampil dengan sistem infotainment yang menarik.

Bagi GLS 2024 ini, Mercedes-Benz telah mengemaskini dan memberikan tiga gaya yang berbeza. Bukan itu sahaja, Off-Road Mode juga telah diseragamkan ke dalam sistem dengan mempamerkan warna gradien, compass dan juga sudut stereng.

Model ini juga dilengkapi dengan Parking Package dan kamera 360-darjah serta memiliki bonet lutsinar yang mempamerkan pandangan virtual di bawah hadapan SUV ini. Selain itu, ciri-ciri terbaharu yang ada pada model ini termasuk sistem Trailer Maneuvering Assist.

Mercedes-Benz ini didatangkan secara standard sebagai SUV 7 tempat duduk, mempunyai warna kulit baharu dan didatangkan dengan “Glossy Brown Lime Wood”. Manakala elemen “Gloss Black Piano Lacquer” yang diambil dari Maybach GLS 600 untuk bersama-sama keluarga GLS yang lain.

Sumber : Carscoops