Menjamin perjalanan kenderaan anda menjadi lebih selesa

 

Seperti yang kita ketahui, BKA Jepun merupakan sebuah pengeluar alat ganti berkualiti dan bermutu tinggi dari Jepun. Pelbagai komponen alat ganti OEM mengikut spesifikasi asal kenderaan telah dihasilkan oleh BKA. Dengan menghasilkan alat ganti yang terbaik serta bermutu, ianya telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan di seluruh dunia.

 

Dalam setiap sesi pemanduan, kita pastinya sentiasa akan memastikan kenderaan kita akan berada pada tahap yang terbaik serta seronok untuk dipandu. Apa akan terjadi jika sesuatu terjadi kepada kenderaan anda dan sekaligus mengganggu perjalanan anda? Ianya pasti akan membuatkan semua kerja kita tertangguh ataupun terganggu.

Jika diberi pilihan untuk menukar peralatan ataupun komponen pada kenderaan, pastinya anda akan memilih untuk suatu produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan bukan? Lebih-lebih lagi yang melibatkan hal keselesaan anda.

Seperti biasa, kami ingin memperkenalkan kepada anda sistem suspensi yang telah dihasilkan oleh BKA Japan. Kesemua komponen suspensi ini telah direka dan dibina dengan menggunakan teknologi yang terbaik dari BKA serta bahan-bahan yang sangat berkualiti bagi menjamin ketahanan serta memastikan ianya dapat digunakan dengan tempoh yang lebih lama berbanding alat ganti jenama lain yang ada di pasaran.

Setiap pengeluarannya juga akan melalui fasa pemeriksaan kualiti sebelum dipasarkan kepada para penggunanya. Ketahanan bagi setiap komponen amatlah dititik beratkan oleh BKA supaya semua penggunanya berpuas hati dengan setiap nilai yang dikeluarkan.

Sistem suspensi bukan sahaja sekadar untuk melengkapi sesebuah kenderaan itu malah ia juga salah satu aspek yang akan memastikan pengendalian lebih baik serta keselesaan ketika sesi pemanduan. Dengan adanya produk berkualiti dari BKA, ianya dapat membantu untuk jentera anda menjadi lebih sempurna.

Dengan kawalan standard yang terbaik, kesemua alat ganti yang dihasilkan telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan, bersesuaian serta selamat untuk digunakan pada kenderaan anda. Alat ganti untuk sistem suspensi yang di hasilkan oleh BKA Japan ini termasuklah absorber, absorber mounting serta stabilizer link.

Antara alat ganti sistem suspensi untuk model-model yang telah dihasilkan termasuklah Mazda 2, Mazda 3, Honda CRV, Suzuki Swift, Subaru XV, Perodua Myvi, Nissan Sylphy, Nissan Serena, Toyota Camry dan Toyota Vios.

Demi menjamin keselesaan anda, ingatlah bahawa BKS Japan sentiasa akan memastikan nilai yang anda keluarkan pasti berbaloi dengan produk yang bakal anda nikmati. Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai produk BKA Japan ini, anda boleh terus berhubung dengan pihak LB Auto Force (M) Sdn Bhd, pengedar rasmi BKA Japan di talian +6013-398 9113 atau emel ke lbautogroup9113@gmail.com.

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai produk BKA Japan, boleh hubungi;

𝐋𝐁 𝐀𝐔𝐓𝐎 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏
No.7 , Jalan 1/57B,
Off Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
Contact: 019-9599113
Email: info@lb113.com
FB: https://www.facebook.com/LBauto113/
Web : https://www.lb113.com , https://www.bkajapan.com
atau
𝐋𝐁 𝐀𝐔𝐓𝐎 𝐙𝐎𝐍𝐄(𝐌) 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝
No. 9, Jalan 1/57B,
Off Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
Contact: 019 – 228 9113
Facebook : https://www.facebook.com/LBAUTOZONE/
Web: https://www.lbautogroup.com , https://www.bkajapan.com