Menepati Citarasa Peminat JDM?

Skyline GT-R dengan V-Spec keluaran tahun 1995 ini diimport dari Jepun ke pasaran US pada Januari 2021 dan dikatakan sebagai sebuah kereta yang cukup sempurna untuk para peminat JDM. Benarkah begitu? Mungkin jawapannya hanya akan diketahui sebaik sahaja ia dibida kelak!

Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, Skyline GT-R V-Spec dan tampil dengan warna midnight purple serta N1 aero kit bersama grill hadapan carbon fiber, rear wing, rain guard dan juga wing mirror. Macam-macam telah dilakukan agar ia tampil lebih menawan berbanding yang asal.

Beberapa modifikasi juga telah dilakukan kepada kereta ini seperti rim 18 inci Ray Volk yang disaluti tayar Falken Zenis FR510 275/35. Selain itu, di bahagian depannya dipasangkan 6-piston Endless dan rear caliper 4-piston yang ‘menggigit’ 2-piece rotor. Ini diikuti dengan sistem suspensi elektronik boleh laras terkini Tein dan juga lower control arm dari Nismo.

Menjenguk ke bahagian enjin, kereta ini dikuasakan enjin 6-silinder caj turbo 2.6 liter yang telah dipertingkatkan kepada spesifikasi SI oleh Nismo. Apa lagi? Nismo inlet plenum, steel ball-bearing turbochargers, HKS VCAM, fuel rail, electronic boost controller, Splitfire coil packs, fuel pump, 700cc fuel injectors, Greddy aluminum radiator, intake, intercooler piping, dan front-mount intercooler. Tidak ketinggalan manifold Tomei, dipadankan dengan enjin 5-kelajuan.

Bahagian dalam kabin dihiasi dengan sarung kerusi Recaro kulit berwarna hitam dipadankan dengan pengalas kaki Nismo dan pedal aluminium. Sistem stereonya menggunakan pemain CD dari Kenwood, sebuah dashcam, turbo timer HKS dan juga stereng aftermarket.

Kalau diberi pilihan, berapa harga yang korang sanggup letak?

Sumber : Carscoops