Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan aplikasi Volkswagen Cares baharu untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan. Dilancarkan sebagai sebahagian daripada iniaistif Volkswagen Cares, aplikasi baharu tersebut akan menggantikan versi lama secara serta-merta.
VPCM membangunkan aplikasi baharu ini dengan mengambil kira maklum balas pelanggan sebelum memperkenalkan fungsi-fungsi baharu dan meningkatkan ciri-ciri untuk menambah baik pengalaman pengguna. Aplikasi Volkswagen Cares kini merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan dan selepas jualan.
Antaranya, pelanggan boleh menguruskan maklumat kenderaan dengan mudah, menjadual temu janji servis secara dalam talian, menerima tawaran and promosi eksklusif, selain berhubung dengan Volkswagen Malaysia serta rangkaian pengedarnya. Aplikasi baharu ini juga akan memberikan peringatan VIP (Volkswagen Insurance Plan) secara masanya, dan membenarkan pelanggan untuk menguruskan baucar servis. Penaikan taraf untuk memperkenalkan fungsi baharu seperti sistem ganjaran dan gerbang pembayaran sudah pun dirancang dan sedang diusahakan.
Pengarah Urusan, Erik Winter menyatakan bahawa VPCM akan meneruskan komitmennya dalam menawarkan yang terbaik kepada pelanggan di negara ini. “Kami mengutamakan pelanggan dalam apa jua yang kami lakukan dan pelancaran aplikasi Volkswagen Cares baharu ini membuktikannya.”
“Prestasi aplikasi kami merupakan sebuah kisah kerjayaan dalam kalangan pasaran yang diuruskan oleh kumpulan PHS. Kami mempunyai sekitar 30,000 pemilik sehingga kini, dan lebih 50% daripada jumlah tersebutmerupakan ahli VCP yang mana kenderaan mereka berusia 5 tahun dan ke atas.
“Kami berbesar hati dengan kesetiaan pelanggan kami kerana ia melambangkan penambahbaikan servis Volkswagen Malaysia dan bagaimana kami bersungguh-sungguh untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Dengan mendengar keperluan mereka, kami mengambil inisiatif untuk mengubah dan membangunkan aplikasi ini untuk pengalaman lebih baik,” kata Erik.
VPCM telah mendigitalkan sepenuhnya perjalanan pemilikan kenderaan untuk menawarkan kemudahan dan akses di hujung jari sahaja. Daripada eShowroom dan perkhidmatan penghantaran ke rumah, sehinggalah perkhidmatan selepas jualan dan kini aplikasi Volkswagen Cares yang telah ditambah baik, pelanggan boleh menguruskan segalanya tanpa perlu keluar dari rumah.
“Keperluan pelanggan sentiasa berubah dengan perkembanga
Sebagai peneraju digital dalam industri, VPCM telah merintis banyak kempen digital pintar dengan teknologi terkini. Ia menjadi jenama automotif pertama yang menjual kenderaan di platform eDagang seperti Lazada dan Shopee serta di media sosial Instagram.
Dari segi selepas jualan, kempen #SafeHands memastikan kesejahteraan pelanggan dan kakitangan. Terdapat pilihan mengambil dan menghantar untuk temu janji servis, pemeriksaan 5 Star Service secara percuma, Service Cam, serta pelan pembayaran kos efektif dan tanpa tunai. Aplikasi Volkswagen Cares baharu kini sudah boleh dimuat turun daripada Apple App Store untuk pengguna iOS dan di Google Play Store bagi pengguna Android.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my