Ford dan Google mengumumkan kerjasama strategik yang unik untuk mempercepatkan transformasi Ford dan mencipta semula pengalaman kenderaan terhubung. Ford juga telah memilih Google Cloud sebagai penyedia storan awan untuk memanfaatkan kepakaran kelas dunia Google dalam data, kecerdasan buatan (AI), dan pembelajaran mesin (ML). Sebagai sebahagian daripada usaha sama enam tahun ini – dan akan bermula pada tahun 2023 – berjuta-juta kenderaan Ford dan Lincoln berbilang harga akan dikuasakan oleh Android, yang dipasang dengan perisian dan perkhidmatan Google.
Untuk menggerakkan inovasi ini, Ford dan Google membentuk sebuah kumpulan kolaborasi, Team Upshift. Dengan memanfaatkan bakat dan aset kedua-dua syarikat, Team Upshift akan mencabar had keupayaan transformasi Ford, menyediakan pengalaman pengguna yang lebih peribadi, peluang pengurusan berasaskan data yang lebih lancar. Ini mungkin meliputi projek antaranya, membangunkan pengalaman runcit baharu untuk pembelian kenderaan dan menyediakan tawaran pemilikan baharu berdasarkan data.
“Giat dalam melakukan transformasi dengan elektrifikasi, perhubungan dan pemanduan kendiri, Google dan Ford bersama mewujudkan kolaborasi inovasi yang benar-benar dapat memberikan pengalaman yang unggul untuk pelanggan dan memodenkan perniagaan kami,” kata Jim Farley, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ford.
“Bermula dari pemasangan pertama sehingga ke teknologi bantuan pemandu yang terkini, inovasi Ford telah terkehadapan dalam industri automotif selama hampir 120 tahun,” kata Sundar Pichai, CEO Google dan Alphabet. “Kami bangga dapat bekerjasama dalam aplikasi Google untuk penyediaan AI, analitik data, pengkomputeran awan yang terbaik bagi membawa
perubahan dan membina teknologi automotif yang memastikan keselamatan dan keterhubungan pengguna di atas jalan.”
Sebagai penyedia storan awan dan akan mulai akhir tahun ini, Google akan membantu Ford dengan memanfaatkan teknologi analisis AI, ML dan data Google Cloud untuk mempercepatkan transformasi digital Ford, memodenkan operasi, dan teknologi terhubung kenderaan dengan storan awan Google yang selamat dan boleh dipercayai. Dengan Google Cloud, Ford merancang untuk:
Meningkatkan lagi pengalaman untuk pelanggan dengan teknologi yang tersendiri dan perkhidmatan yang lebih peribadi;
Mempercepatkan pemodenan pengembangan produk, pembuatan dan pengurusan rantaian bekalan, termasuk penerokaan menggunakan visi AI untuk latihan pekerja pembuatan dan prestasi peralatan kilang yang lebih baik;
Merancakkan pelaksanaan model perniagaan berdasarkan data yang membolehkan pelanggan menerima maklumat dalam masa nyata seperti peringatan penyelenggaraan atau pertukaran.
Ford dan Google mempunyai visi sama untuk memberikan pengalaman kenderaan terhubung yang menyeronokkan, lebih selamat dan lebih efisien bagi mengurangkan gangguan pemandu dan memastikan pelanggan di hadapan dalam teknologi terkini. Bermula tahun 2023, pelanggan Ford dan Lincoln di seluruh dunia akan mendapat manfaat daripada pengalaman digital unik dengan sistem operasi Android dan aplikasi dan perkhidmatan Google yang dipasang, merangkumi teknologi peta dan suara bertaraf dunia:
• Dengan Google Assistant, pemandu dapat menumpukan mata dan tangan terhadap pemanduan, sambil menyelesaikan perkara lain hanya menggunakan suara mereka.
• Dengan Google Map sebagai penavigasi utama kenderaan, pemandu dapat sampai ke destinasi mereka dengan lebih cepat dengan maklumat lalu lintas dalam masa nyata, mengubah perjalanan secara automatik, panduan lorong dan banyak lagi.
• Dengan Google Play, pemandu akan mempunyai akses ke aplikasi kegemaran mereka untuk mendengar muzik, podcast, buku audio dan banyak lagi. Aplikasi ini dioptimumkan dan diintegrasikan untuk penggunaan dalam kenderaan.
Android di dalam kereta juga membolehkan Ford dan pembangun pihak ketiga membina aplikasi yang memberikan pengalaman pemilikan yang lebih baik dan lebih peribadi.
“Kami sangat teruja untuk membina produk dan perkhidmatan yang mesti ada dan istimewa untuk Ford,” kata Farley. “Integrasi ini membolehkan pasukan kami bertungkus-lumus berinovasi demi pelanggan Ford dan Lincoln dengan menyediakan akses lancar untuk aplikasi dan perkhidmatan bertaraf dunia Google.”