Memajukan Industri Petroleum Tanpa Membelakangkan Kepentingan Alam Sekitar

Jika ditanyakan secara rambang kepada orang umum mengenai jenama minyak pelincir apa yang dipercayai, Idemitsu sudah tentu termasuk dalam senarai jenama paling kerap disebut. Namun, adakah anda tahu sejarah asal jenama minyak pelincir ini yang datang dari negara Jepun?

Idemitsu merupakan satu jenama yang telah melangkaui usia seabad dan menempuhi pelbagai era termasuk perang dunia kedua. Terdahulu, Idemitsu Shokai mengambil langkah pertama dalam industri perniagaan minyak di pelabuhan dagangan Moji di Kitakyushu, Jepun pada 20 Jun, 1911. Idemitsu Shokai pada awalnya bermula sebagai pengedar untuk Nippon Sekiyu, kemudian membangunkan lombong arang dan kilang-kilang dalam perniagaan minyak pelincir (minyak mesin).

Idemitsu meluaskan rangkaian sehingga ke seluruh kepulauan Kyushu, Osaka, Nagoya dan tanah besar China. Idemitsu turut meluaskan pasaran ke pelbagai bidang dari perolehan minyak mentah untuk pengeluaran dan peruncitan produk petroleum, pembangunan sumber minyak, pengeluaran petrokimia dan penyelidikan tentang bahan api fosil.

Seiring dengan visi syarikat iaitu menjadi jenama minyak pelinciri ulung dengan menyediakan penyelesaian yang mengambil kira tentang alam sekitar serta masyarakat, pasukan R&D yang menghabiskan masa bertahun-tahun dalam penyelidikan untuk meningkatkan kualiti produk serta memelihara alam sekitar. Antara inovasi dimaksudkan termasuk pembinaan tenaga yang efisen seperti siri Daphe Hermetic PAG untuk automotif air-conditioner, Polyvinyl (PVE) yang dijadikan sebagai Traction Drive Fluid (TDF) dan CVT (continuously variable transmission) dalam kenderaan.

Pelbagai pilihan minyak pelincir ditawarkan Idemitsu sama untuk kegunaan industri dan automotif. Bagi kegunaan automotif, Idemitsu menemukan teknologi terkini seperti kelikatan rendah minyak enjin yang menjimatkan bahan api dengan cemerlang. Dalam masa sama, memberi kestabilan pengoksidaan sekali gus mengurangkan kekerapan penukaran minyak. Rangkaian minyak pelincir automotif di bawah jenama Idemitsu termasuk minyak enjin petrol, minyak enjin diesel, motosikal 2T dan 4T, minyak gear dan juga cecair transmisi auto.

Selain usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti serta mempelbagaikan pilihan produk untuk keperluan pasaran, Idemitsu tetap mengutamakan tanggungjawab sebagai sebuah syarikat seiring falsafah korporat yang berasaskan kemanusiaan; ‘Respect For Human Beings’.

Idemitsu Di Malaysia
Idemitsu mula bertapak di Malaysia pada tahun 1991 sebagai anak syarikat yang memasarkan minyak pelincir Idemitsu yang kemudiannya aktif meneroka pasaran domestik bagi memenuhi keperluan dengan mengaplikasikan teknologi terkini dan pembangunan saintifik samada dalam perindustrian automotif mahupun minyak pelincir.

Antara produk keluaran Idemitsu untuk perindustrian seperti maintenance oil, metal working oil dan grease. Manakala untuk industri automotif pula, Idemitsu menawarkan gasoline engine oil, motorcycle engine oil, diesel engine oil dan transmission oil. Idemitsu Lube Malaysia terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pengedaran semua minyak pelincir menerusi tiga pejabat yang juga kilangnya di Malaysia iaitu di Johor Bahru, Kuala Lumpur dan juga Pulau Pinang.

Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan di pasaran tempatan, syarikat Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd telah terlibat dalam acara pameran untuk merapatkan jurang dengan pengguna, pelanggan dan bakal pembeli produk keluaran jenamanya. Salah satu acara pameran yang disertai Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd ialah Pameran Antarabangsa Mesin Malaysia (MIMF).

Selain itu, syarikat Idemitsu Lube (M) Sdn Bhd juga terlibat secara langsung dengan sukan permotoran dua roda dengan menaja beberapa pasukan. Penglibatan syarikat Idemitsu ini termasuk kerjasama dengan Honda dalam Cub Prix Malaysia dengan membentuk pasukan Idemitsu Honda Yam Racing.

Beberapa sukan lain yang menyaksikan penglibatan syarikat Idemitsu adalah seperti Idemitsu Asian Talent Cup, bekerjsama dengan Boon Siew Honda Racing untuk Asia Road Racing Championship, LCR Honda Idemitsu MotoGP serta menjadi penaja rasmi untuk Sepak Takraw League dan ATM Guardian yang menaja sukan bukan permotoran buat pertama kalinya.