MAJLIS PEMBUKAAN & DOA SELAMAT BOYZA GARAGE

Foto: Shah Bahulu @ Adam Photography

Hasil kesepakatan bersama, sekumpulan pecinta diesel berprestasi telah menubuhkan Boyza Garage, sebuah bengkel baik pulih dan naik taraf khusus untuk kenderaan berenjin diesel terutamanya trak pikap 4×4. Terletak di Pulau Meranti Puchong, majlis pembukaan telah diadakan pada 9 Februari yang lalu, dihadiri hampir 1,000 orang tetamu jemputan.

Acara ini secara tidak langsung berjaya mengumpulkan semula rakan-rakan lama, yang telah menyepi dari arena permotoran. Hadir sama wakil pengedar jenama terpilih, termasuk dari negara jiran Thailand. Kesempatan bertemu membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan pendapat, sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

Masuk waktu Zohor, laungan azan menjadi simbolik kepada majlis pembukaan rasmi Boyza Garage. Ini diikuti dengan jamuan makan tengahari kepada tetamu yang hadir. Hadirin kemudian dibawa meninjau sekitar bengkel dan ruang pameran bagi mengetahui jenis perkhidmatan yang ditawarkan. Malah pihak MAG Senawang dan Dyno Dynamics Malaysia juga, turut penyediaan set dyno mudah alih pada acara ini.

Maklumat lanjut berkenaan Boyza Garage boleh diperolehi menerusi laman Facebook: Boyza Garage atau Instagram: Boyza Garage. Hanya Kerana Yang Satu…!!!