Majlis Pelancaran Sempena Penganjuran The Showcase

Ditubuhkan pada tahun 2017, Estrada Motorsport merupakan sebuah pasukan yang berentap dalam persada lumba kereta tanah air, Malaysia Speed Festival Racing Series (MSF). Pada tahun 2018, Estrada Motorsport telah bekerjasama dengan Pulzar Malaysia dan bersaing dalam siri perlumbaan MSF secara rasminya pada tahun 2019.

Bagi musim 2020, pasukan Estrada Pulzar telah dilancarkan secara rasminya sempena penganjuran The Showcase yang diadakan buat kali pertama. Berlangsung di MIECC yang terletak di Seri Kembangan, majlis pelancaran ini turut mengumumkan barisan pelumba serta kereta yang di pertandingkan di MSF nanti.

Bukan itu sahaja, para pengunjung yang berpeluang mengunjungi The Showcase yang berlangsung pada 28 Februari hingga 1 Mac ini turut berkesempatan menyaksikan kereta yang dipertandingkan. Tahniah diucapkan kepada Estrada Pulzar dan diharapkan tahun 2020 menjadi tahun yang cemerlang untuk pasukan Estrada Pulzar.