Lincoln mendedahkan kereta konsep Model L100, sebuah kerete elektrik penuh, berkonsepkan auto yang lengkap dan berpenampilan futuristik tetapi dalam masa yang sama membawa sejarah jenama itu sendiri.
Didedahkan semasa Monterey Car Week, ia juga mengambil bahagian dalam Pebble Beach Concours d’Elegance yang meraikan ulang tahun ke-100 jenama itu. Menurut pengeluarnya, konsep ini diinspirasikan Lincoln Model L keluaran tahun 1922 yang mana dikenali sebagai ‘mahakarya’ untuk jenama tersebut khususnya dari sudut kejuruteraannya.
Menurut presiden Lincoln, Joy Falotico berkata, sepanjang 100 tahun yang lepas, Lincoln menjadi perintis untuk beberapa inovasi dan mewujudkan rekaan tanpa sempadan bagi memberikan makna sebenar ke atas jenama mereka hari ini yang ternyata diterima dan disukai ramai.
Dengan Model L100 Concept, kami membayangkan bagaimana Lincoln kelihatan untuk para pelanggan di masa hadapan serta melangkah maju ke hadapan menuju babak seterusnya. Lincoln membayangkan masa hadapan adalah perjalanan masa yang elegan dan rekaan ini dilihat untuk menyampaikannya. Gaya badan coupe ini, lebih panjang dan kelihatan seperti tidak berkelim kerana semuanya dari tiang A yang terbuka di belakang.
Kalau diperhatikan, kesemua pintunya terbuka seperti kepak seekor kumbang. Bahagian bumbungnya juga boleh diangkat dan dibuka. Pintu-pintunya pula boleh dikuak ke atas. Lincoln menggunakan cahaya di kedua-dua belah bahagian dengan cahaya lampu simfoni orkestra di bahagian dalam dan luar. Lampu tersebut juga mengikut manusia dan memastikan jalan yang digunakan tepat. Ia juga sangat berguna kerana meninggalkan informasi tentang keadaan bateri.
Beralih ke bahagian dalam, anda disambut oleh interior yang dihasilkan dari warna panas seperti putih lembut, dengan aksen amatur. Warna eksterior pula didapati dengan menggunakan cat metalik dan tri-coat seramik dengan aksen akrilik frosted.
Bahagian interior direka dengan mengambil kesempatan atas konsep auto dan teknologi elektrik. Kenderaan ini beroperasi dengan kawalan buah catur yang diilhamkan dari bentuk batu permata berbanding stereng atau pedal. Tempat duduknya pula sangat istimewa kerana masing-masing memandang satu sama lain, lebih kepada atmosfera sosial. Tempat duduk hadapan yang boleh dilihat, manakala lantai iluminati mengambil kesempatan di atas kurangnya komponen tren kuasa di bahagian kabin penumpang.
Namun begitu, tiada maklumat trenkuasa yang dikongsikan Lincoln tetapi Model L100 ini dikatakan menggunakan sel bateri dan pek teknologi di mana keseluruhan kereta adalah satu sistem, dengan mengintegrasikan struktur bateri kenderaan menjadikan ia lebih cekap.
Menurut pereka global Lincoln, Kemal Curic, konsep ini membolehkan pasukan mereka mereka pengalaman baharu yang tidak dibebankan dengan kuasa yang mempunyai had dan mempersembahkan evolusi terhadap tenet Quiet Flight. Model L100 merupakan kenderaan yang bergerak tanpa memerlukan sebarang usaha. Diibaratkan sebuah kenderaan yang direka oleh hembusan angin dan tiada sebarang ruang pergeseran wujud.
Lebih banyak model EV bakal berada di atas jalan raya menjelang 2025, jenama ini terus berusaha untuk menghasilkan kereta yang sesuai untuk masa hadapan.
Sumber : Carscoops