Lexus ES, Bakal Didedahkan Di Auto Shanghai 2021!

Baru-baru ini, Lexus telah mengumumkan secara rasmi akan mendedahkan ES baharu 2022 pada 19 April ini. Model ini juga akan didedahkan kepada dunia di Auto Shanghai 2021, yang bakal dibuka pada Isnin hadapan dan penghantarannya akan bermula sebelum penghujung tahun 2021.


Jenama kereta mewah Toyota menggelar model ini sebagai Lexus ES baharu, tetapi memandangkan generasi ketujuh baru sahaja 3 tahun, ini sekadar kitaran pertengahan walaupun lebih bersederhana jika dilihat dari segi kemaskini visualnya menerusi video yang didedahkan.


Dalam video ringkas ini, apa yang dapat dilihat adalah lampu hadapan LED dengan grafik baharu. Bahagian belakang juga turut didedahkan dan mempunyai persamaan dari model terdahulu. Selain itu, tiada maklumat lain yang diketahui. Mungkin, kita harus menunggu sehingga ia benar-benar didedahkan pada 19 April ini!
Sumber : Carscoops